Kejayaan Lawatan Najib Merintis Jalan Kepada Komitmen Serius Di Kazakhstan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASTANA (Kazakhstan): Kejayaan lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kazakhstan baru-baru ini merupakan permulaan kepada lebih banyak hubungan bermanfaat yang memerlukan komitmen yang lebih serius.

Perdana Menteri telah merintis jalan untuk penerimaan dan sudah tentu Malaysia kini akan lebih diterima bagi menyertai secara aktif dalam pembangunan dan ekonomi Kazakhstan terutama dengan lapan perjanjian yang dimeterai semasa lawatan empat hari Najib di sini.

Dengan kehadiran Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor -- dalam delegasi Perdana Menteri menandakan betapa seriusnya Malaysia dalam hubungan dua hala itu.

Ini telah menyebabkan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev secara terus terang menyatakan bahawa negaranya dengan 16 juta penduduk menganggap lawatan itu penting, kepada Najib sebagai seorang rakan Kazakhstan yang akrab dan kepada rakyat Malaysia terutama pelabur dan usahawan sebagai rakan kongsi dalam menentukan pertumbuhan negara itu.

Presiden Nazarbayev dan Perdana Menterinya Karim Massimov yang secara peribadi meminta Malaysia memulakan lima projek ‘signature’ yang telah dikenal pasti untuk merintis jalan dalam kerjasama perdagangan dan ekonomi antara kedua buah negara, menunjukkan mereka memandang tinggi terhadap kemampuan Malaysia.

Lima projek 'signature' adalah dalam bidang minyak dan gas, perbankan dan kewangan Islam, penjanaan tenaga elektrik, penternakan lembu dan fidlot, dan pembinaan sebuah hotel Malaysia yang bercirikan seni bina dan reka bentuk Malaysia di bandaraya ini yang dimodelkan kepada Putrajaya.

Najib berkata untuk mrealisasikan projek-projek itu, beliau telah mengarahkan Petronas datang ke Kazakhstan untuk perbincangan lanjut termasuk kemungkinan membawa bersama syarikat-syarikat petroleum Kazakhstan yang terpilih dalam usaha dan pelaburan Petronas di seberang laut sementara bagi penjanaan kuasa, CIMB Group telah komited untuk melabur US$50 juta (RM151.1 juta).

Sebuah syarikat Malaysia juga telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat tempatan untuk melabur dan mengusahakan 50,000 hektar tanah dengan 30,000hektar daripadanya untuk penternakan lembu dan baki 20,000 hektar untuk membangunkan fidlot manakala bagi pembinaan hotel, Najib akan memilih syarikat yang berkemampuan dari Malaysia.

Satu lagi perjanjian yang ditandatangani semasa Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), satu lagi inisiatif Malaysia yang diadakan di sini mulai 7 hingga 9 Jun, membabitkan Amanah Raya Berhad dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan untuk menguruskan dana haji dan pengendalian jemaah haji dari Kazakhstan.

Mustapa diberi tugas khas sebagai penyelaras pelaburan dan projek-projek dua hala bagi pihak Malaysia dalam hubungan dengan Kazakhstan manakala Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan akan menjadi orang rujukan di sini, tugas yang bermakna bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar. Individu yang sudah pasti gembira dengan kejayaan lawatan itu ialah Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia Beibut B. Atamkulov yang kini bersedia memikul tanggungjawab bagi memastikan semua projek yang telah dipersetujui menjadi kenyataan dan mengukuhkan hubungan dua hala yang telah sedia terjalin.

“Sekembalinya saya ke Kuala Lumpur, saya tahu banyak tugas besar yang menanti saya. Tapi, saya memang telah bersedia dan akan membantu sedaya upaya saya," katanya kepada BERNAMA di sini Sabtu, sambil menambah bahawa beliau suka melihat lebih banyak penerbangan terus antara Kazakhstan dan Malaysia bagi membolehkan hubungan rapat antara rakyat dengan rakyat.

Beliau berkata dalam menggalakkan hubungan dua hala, media juga memainkan peranan besar untuk menyebarkan maklumat mengenai kedua buah negara terutama mengenai persamaan yang ketara antara Kazakhstan dan Malaysia dan keunikan kedua buah negara yang boleh menambahkan pengetahuan rakyat kedua buah negara.

Atamkulov percaya hubungan Kazakhstan dan Malaysia mempunyai masa depan yang cerah yang perlu diberi perhatian dan usaha bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk manfaat kedua buah negara tetapi juga kepada negara-negara di rantau Asia Tengah dan di ASEAN termasuk sebagai pintu masuk bagi perdagangan dan perniagaan.

Mustapa juga berkata Kazakhstan menyediakan peluang yang baik kepada pelabur dan ahli perniagaan Malaysia untuk meneroka peluang di seberang laut terutama apabila Kazakhstan mencatat kadar pertumbuhan tahunan tujuh peratus apatah lagi dengan pendapatan per kapita rakyatnya ialah US$13,000 (RM39,000).

“Fakta-fakta ini menyediakan pasaran siap yang besar kepada pengeksport dan ahli perniagaan Malaysia, tambahan pula dengan Malaysia menikmati reputasi dan 'brand name" yang baik di sini selain tawaran daripada Kazakhstan kepada kita untuk menjadi pintu masuk ke pasaran rantau ini dengan 170 juta penduduk," katanya.

“Penghargaan yang tinggi terhadap Malaysia dan penghormatan Presiden Nazarbayev dan kerajaannya terhadap Perdana Menteri, kita sebenarnya amat berbesar hati dan kita perlu berlaku adil untuk berusaha sedaya upaya memartabatkan imej Malaysia,” katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan