Garis Panduan Sukan Berkuda Akan Diserah Kepada Kerajaan Pulau Pinang - Dr Ng

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Pelancongan sedang merangka garis panduan mengenai aktiviti berkuda di kawasan pantai untuk diserahkan bagi pertimbangan kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh sebulan ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen antara cadangan yang terkandung dalam garis panduan tersebut ialah mewujudkan zon khas, penggunaan kuda bersesuaian, lesen pengusaha, pengendali kuda mendapat latihan serta berperwatakan menarik.

Garis panduan itu akan memastikan ciri keselamatan dan cara pengendalian sukan berkuda di tepi pantai agar produk pelancongan tempatan di negeri itu tidak terjejas, katanya.

"Kementerian tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran mana-mana kerajaan negeri tetapi diharap usaha ini dapat membangunkan produk pelancongan tempatan," katanya selepas merasmikan majlis pelancaran pelancaran Taman dan Laman 1Malaysia di Taman Botani, di sini, Sabtu.

Dr Ng mengulas insiden kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Arina Kirana Azrin, patah bahu kiri setelah dirempuh kuda di pantai Batu Feringghi pada Selasa lalu.

Katanya tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengharamkan aktiviti berkuda itu di kawasan pantai Batu Feringghi bukan satu penyelesaian yang wajar diambil oleh kerajaan negeri.

"Ia adalah antara aktiviti kegemaran pelancong yang datang ke pantai itu dan jika ia diharamkan, sudah pasti ia boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke pantai itu," katanya.

Sementara itu, Dr Ng menolak dakwaan bahawa peralatan yang dibeli kementeriannya untuk perkhidmatan kereta api Bukit Bendera itu bukan peralatan yang baik yang menjadi antara punca kerosakan kereta api berkenaan.

Katanya punca perkhidmatan kereta api Bukit Bendera tergendala adalah kerana ketiadaan tenaga pakar berpengalaman dalam mengendalikannya.

"Dakwaan itu tidak benar kerana kereta api buatan Switzerland itu diperbuat dengan menggunkan teknologi moden dan serba canggih yang menyebabkan pengendali kereta api itu harus dari golongan yang berkemahiran dan berpengalaman," katanya.

Beliau berkata syarikat kontraktor Garaventa AG Switzerland telah menawarkan bantuan untuk mengatasi masalah berkenaan dan akan bekerjasama dengan pihak Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Pada 7 Jun lepas, kereta api Bukit Bendera mengalami kerosakan dan terpaksa diberhentikan untuk kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan setelah perkhidmatannya disambung semula pada 25 April dengan menelan kos penambahbaikan sebanyak RM73 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan