Bukan Salah Kementerian Dan Penganjur Hari Seniman 2011 Jika Sambutannya Hambar

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Hari Seniman 2011 dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak harus dipersalahkan apabila sambutannya pada 29 Mei lepas hambar jika pengiat seni sendiri tidak menyedari kepentingan menghadiri majlis tersebut.

Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia Radhi Khalid berkata para penggiat seni seharusnya mempunyai kesedaran tinggi mengenai hari yang diadakan semata-mata untuk menghargai jasa mereka dalam industri hiburan.

"Ramai yang tak sedar dengan Hari Seniman, mungkin kerana ada seniman sendiri tak menghargai, jadi kalau penyertaan tak ada, objektif penganjuran pun tak akan tercapai," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Radhi berkata usaha kementerian seharusnya dihargai tetapi jika para penggiat seni sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk melibatkan diri, jangan pula ada pihak cuba menuding jari kepada pihak penganjur atau kementerian.

"Sepatutnya hari tersebut bukan sahaja untuk kita raikan, tapi ia merupakan hari yang cukup bermanfaat jika kita bijak bersosial (dengan) hadir beramai-ramai (dan) meluaskan lagi kenalan dan sebagainya," katanya.

Ada pihak dikatakan cuba meletakkan beban sepenuhnya ke atas kementerian dengan alasan tidak cukup promosi sehingga mengakibatkan ramai penggiat seni tidak tahu langsung kewujudan hari tersebut yang pertama kali diperkenalkan pada 2005 oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Usaha murni kementerian yang memperuntukkan RM100 juta serta kerja keras Persatuan Seniman Malaysia yang menyediakan kertas kerja juga diperlekehkan apabila mereka dengan sinis menyindir dengan menyamakannya sebagai 'projek mee segera, rencahnya ala kadar, asal boleh dimakan cukuplah'.

Radhi berkata penggiat seni juga seharusnya mengubah sikap dan mentaliti bagi memastikan industri hiburan terus relevan.

"Tapi kita akan melihat sambutan yang cukup berbeza kalau majlis macam anugerah Malam Oscar, Festival Filem Malaysia dan sebagainya, ini mentaliti yang harus diubah," katanya.

Menurut Radhi, industri perfileman pada hari ini cukup berbeza berbanding dengan 10 tahun dahulu hasil usaha sama di antara kementerian dan persatuan penghasil filem, sehingga industri tersebut mampu menjana pendapatan dan menyumbang ke arah visi menjadikan negara berpendapatan tinggi.

Pada tahun lepas, kerajaan membantu industri seni maju selangkah lagi dengan memperuntukkan RM200 juta sewaktu pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pembentangan tersebut, Najib menerangkan bahawa peruntukan tersebut adalah untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

Kementerian turut mengambil inisiatif menambah peruntukan sehingga RM500 juta berkuat kuasa pada 1 Jan lepas dan disalurkan melalui pelbagai cara, iaitu melalui skim geran, subsidi serta bantuan pinjaman secara mudah.

"Penambahan sebanyak RM200 juta dalam Belanjawan 2011 beserta kira-kira RM300 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan baki Belanjawan 2010, menjadikan keseluruhan lebih kurang RM500 juta," kata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf seperti yang dilaporkan tahun lepas.

Terbaru, usaha kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam memperkenalkan Bayaran Insentif Tayangan Filem pada Mac lepas dilihat lebih berkesan berbanding dengan Duti Hiburan yang dimansuhkan.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata, pengumuman mengenai skim tersebut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, membuktikan golongan seniman khususnya penghasil filem-filem tempatan tidak pernah diabaikan oleh kerajaan.

"Mungkin saya ni belum lagi peringkat pengusaha...cuma dapat rasa sedikit sebanyak perasaan itu, andainya mereka (produser filem) dapat insentif macam ni, amat dialu-alukan kerana hasilnya bukan sikit, tapi banyak.

"Bantuan seperti ini amat diperlukan oleh produser filem kerana ada sebahagian dari mereka yang membuat pinjaman bank untuk menghasilkan filem yang berkualiti," kata Harun. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan