Amalan Berpuak-puak Boleh Hancurkan Parti, Kata Presiden SPDP

Diterbitkan: Sabtu, 11 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom menasihati anggota parti itu supaya menjauhi persaingan sesama sendiri dan mewujudkan puak kerana ia boleh memusnahkan parti.

"Kita tidak boleh membiarkan perkara ini (persaingan) wujud dalam SPDP, lebih-lebih lagi dalam Barisan Nasional," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Gawai (pesta menuai) anjuran sayap wanita parti itu bahagian Piasau di sini malam Jumaat.

Beliau berkata apa jua keputusan berkaitan arah tuju SPDP itu perlu dibuat berasaskan konsessus dan mengambil kira pandangan semua anggotanya.

Katanya, sebagai anggota parti pelbagai kaum, mereka perlu mengamalkan semangat bertolak ansur demi menjamin kekuatan parti.

"Saya tidak dapat menerima bahawa sesuatu pihak itu patut mendominsi kedudukan semata-mata kerana mereka adalah golongan mejoriti. Walaupun kita mungkin bukan sebuah parti pelbagai kaum yang sempurna, tapi kita tetap boleh menjadi sebuah pasukan yang mampu berfungsi dengan baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan