Trilogi Memoir Wartawan Veteran Said Zahari Lengkap Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Trilogi memoir wartawan veteran Said Zahari akan lengkap tidak lama lagi apabila volum ketiganya bakal diterbitkan menjelang hujung tahun ini.

Ia bakal dinamakan "Menggenggam Segumpal Harapan".

Beliau sebelum ini telahpun melahirkan dua naskhah memoir tentang perjalanan hidupnya sebagai seorang wartawan dan kisah tentang kehidupannya sepanjang ditahan tanpa dibicarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Singapura.

Menurut laman web Roketkini.Com. Said yang lebih mesra dengan panggilan Pak Said berkata, memoir itu kemungkinan akan diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jelas pejuang kebebasan akhbar ini, beliau acap kali ditanya ramai tentang “apa yang Pak Said mahukan dalam hidupnya,” dan wartawan veteran ini berkata, ia akan terjawab dalam memoir terakhir beliau nanti.

“Buku ini adalah pandangan, harapan dan cita-cita saya yang akan disalurkan menerusi ‘genggaman harapan, yang telah ‘digenggam’ saya sekian lama,” katanya sebagaimana dipetik dari Roketkini, Jumaat.

Dalam temubual dengan laman web itu, Said bagaimanapun ada berkongsi sedikit sebanyak informasi tentang isi-isi yang terkandung di dalam naskhah yang bakal diterbitkan itu.

Beliau berkata, antara yang dikupas dalam naskhah itu ialah pandangan beliau mengenai kebebasan akhbar yang sudah mati sejak mogok Utusan 1961, selain beberapa isu semasa politik tanah air.

“Ini lah yang saya hendak sampaikan: saya telah genggam segumpal harapan dan gumpalan ini akan saya cambahkan kepada semua wartawan dan orang ramai. Tunggu lah, Insya-Allah,” katanya.

Said merupakan bekas wartawan dan pengarang di Utusan Melayu dari tahun 1955 sehingga mogok Utusan yang terkenal itu pada 1961 – berpunca dari campur tangan UMNO yang mahu mengambil alih Utusan Melayu.

Beliau mengakui ketegasan dan sifat tidak mahu berkompromi terhadap mana-mana pemerintah membuatkan beliau dilihat oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebagai ‘membahayakan.’

Ekoran daripada rentetan itu semua, Said telah merengkok hampir 17 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) di Singapura.

Beliau berkata, memoir terbarunya itu adalah lanjutan dari memoir "Meniti Lautan Gelora" dan "Dalam Ribuan Mimpi Gelisah" yang telah diterbitkan oleh Kumpulan Utusan.

Jelas Said lagi, trilogi memoir terakhir ini telah ditulis beberapa tahun dahulu tetapi, selepas komputernya dicuri, dengan semangat yang masih kuat sebagai wartawan, beliau terasa seolah kekuatan itu lah yang mendorongnya untuk menulis semula naskhah tersebut dari awal semula.

Dalam temuramah itu, beliau juga berkata, “Saya bukan orang muda lagi, jadi saya tulis pun ikut kemampuan saya lah.”

Beliau turut menjelaskan salah faham di kalangan orang ramai yang selama ini menganggap beliau telah mengepalai mogok Utusan Melayu pada tahun 1961 itu.

“Sebenarnya yang mulakan mogok itu adalah persatuan pekerja Utusan. Mungkin kerana saya ketika itu ketua pengarangnya, maka saya dituduh mengepalai mogok itu.

“Bukan saya yang mengepalai mogok itu, tapi persatuan pekerja yang mengepalai saya dan lain-lain ketika mogok itu,” katanya lagi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan