Sewa Lori Wilayah Utara Naik Antara 10 Hingga 15 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ekoran pengurangan subsidi diesel bagi kenderaan perdagangan serta kenaikan harga alat ganti kenderaan tersebut, kadar sewa lori di utara tanah air naik antara 10 hingga 15 peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Lori Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata kenaikan itu berkuat kuasa 1 Jun lepas dan kadarnya bergantung kepada jarak perjalanan.

"Bagi perjalanan jarak jauh, kenaikkannya hanyalah 10 peratus, manakala bagi perjalanan jarak dekat, kenaikkannya adalah 15 peratus.

"Walaupun kita menaikkan sewa, tetapi ia masih lagi antara sewa terendah berbanding negeri-negeri lain," katanya pada satu sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata pihaknya tidak menaikkan sewa pada kadar terlalu tinggi kerana bimbang harga barangan lain turut meningkat sehingga menyusahkan rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Yusoff meminta kerajaan pusat mengurangkan atau mengecualikan terus cukai jalan kenderaan perdagangan.

"Ia sebagai insentif kepada pengusaha-pengusaha lori setelah kerajaan mengurangkan pemberian subsidi diesel kepada mereka," katanya.

Selain itu, beliau meminta bayaran tol di lebuh raya dikurangkan sebanyak 50 peratus.

"Berbanding di Thailand, mereka tidak mempunyai tol dan kenderaan perdagangan mereka juga tidak dikenakan cukai jalan.

"Justeru, diharap kerajaan Malaysia juga dapat melakukan perkara yang sama seperti Thailand," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan