MCA YAkin Sokongan Cina Kepada BN Mantap

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: MCA melihat sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) semakin meningkat terutama untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, kata naib presidennya Datuk Wira Chor Chee Heung.

Chor, yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata ia berdasarkan penerimaan masyarakat Cina terhadap gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sudah nampak angin perubahan yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina terhadap sokongan mereka kepada kerajaan BN semakin hebat kesan daripada keyakinan mereka terhadap gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wat Chinpraddittharam di Kampung Tendong dekat sini, Jumaat.

Pada majlis itu, Chor memberikan bantuan segera RM10,000 untuk membina pagar wat itu di samping akan menimbang peruntukan tambahan yang diperlukan untuk rumah ibadat masyarakat keturunan Thai itu. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan