Malaysia Bebas Wabak E-coli: Liow

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Malaysia masih bebas daripada wabak penyakit e-coli yang menyerang beberapa negara Eropah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya walaupun belum ada sebarang kes berlaku di negara ini, Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan berjaga-jaga.

"Semua hospital dan klinik seluruh negara diarah supaya memantau, dan bagi mereka yang baru pulang dari Eropah dan menghidap cirit birit dan demam, mereka perlu menjalani pemeriksaan segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan MCA Bahagian Kuala Krau dekat sini Jumaat.

Katanya kementerian belum bercadang untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap pelancong dari Eropah atau mereka yang baru pulang dari sana kerana belum ada laporan tentang wabak itu di negara ini.

Terdahulu ketika merasmikan mesyuarat itu, Liow yang juga Timbalan Presiden MCA, berkata parti itu sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Walaupun tarikh pilihan raya belum diketahui tetapi MCA sudah mengadakan latihan, kursus dan penerangan kepada ahli di semua bahagian seluruh negara bertujuan memantapkan jentera parti," katanya.

Liow turut mengingatkan anggota MCA supaya tidak mengikut rentak pembangkang yang tidak mempunyai hala tuju dan perancangan.

"Pembangkang hanya tahu mengkritik dan memfitnah tetapi Barisan Nasional mempunyai perancangan pembangunan yang rapi dengan matlamat untuk meningkatkan pendapatan rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan