Kenapa PAS Baru Terfikir Nak Wujudkan Negara Kebajikan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajikan, "yang baru terfikir oleh PAS", bukanlah satu perkara baru kerana ia sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri menegaskan, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan oleh BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya, penubuhan pelbagai agensi kerajaan seperti Felda dan Felcra telah menepati ciri-ciri kebajikan, yang semuanya sudah dinikmati oleh rakyat sejak sekian lama.

"Saya pelik dan ajaib, ada yang mencanangkan negara kebajikan...mereka baru terfikir?" katanya ketika merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam Di Nusantara di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Baru-baru ini, dalam Muktamar Agungnya, PAS mengubah halatuju perjuangan mereka dari "negara Islam" kepada "negara kebajikan" selepas sekian lama mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam.

Terdahulu ketika berucap merasmikan konvensyen tersebut, Najib berkata, umat Islam sewajarnya memperbetulkan ehwal mereka dahulu sebelum mampu menjadi obor petunjuk kepada umat manusia sebagaimana umat Islam satu ketika dahulu.

"Ternyata masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar," kata Perdana Menteri.

Najib turut mempersoalkan kenapa umat Islam sebagai umat yang bermaruah sanggup membenarkan Islam dipandang remeh dan diperkotak-katik lantaran ketidakmampuan mengurus masalah umat Islam itu sendiri.

"Persoalannya di sini, kenapa pihak ketiga yang selalunya bukan negara Islam diberi kepercayaan dan sandaran untuk menjadi wasit rujukan atau pertelingkahan?

"Kenapakah rasuah, salah tadbir, salah urus dan ketidakcekapan sering menandai pengurusan negara Islam? Sedangkan kita tahu ajaran Islam seperti mana terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasul mampu menjadi panduan yang jelas," katanya.

Perdana Menteri berkata, mutakhir ini, keharmonian di kalangan penganut agama yang berbeza di Malaysia sedikit tercalar kerana ada pihak yang mahu mempolitikkan agama sama ada di kalangan penganut Islam atau bukan Islam.

Beliau menambah, dalam sebuah negara yang berbilang kaum, polemik tentang agama harus diurus dengan berhemah dan cermat kerana perbincangan berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak.

"Sememangnya di dalam sebuah negara yang demokratik, setiap individu bebas menyuarakan pendapat asalkan tidak melanggar undang-undang.

"Menyuarakan pendapat yang diketahui mampu membakar perasaan penganut agama lain akan mengundang kenyataan balas yang provokatif dan bukanlah satu tindakan bertanggungjawab.

"Dari itu, semua pihak sewajibnya berhati-hati dan mengambil pendekatan yang bijaksana demi kestabilan nasional. Malah, itulah yang dituntut dalam setiap ajaran agama," katanya lagi.

Najib menegaskan, pada zaman ini, masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya tinggal dan berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah negara dan masyarakat antarabangsa, maka aspek perpaduan dan toleransi merupakan faktor utama yang menjadi penyokong kepada pembangunan negara dan keamanan dunia.

Beliau juga berkata, sekiranya wujud perpaduan dan toleransi antara kaum dan negara, maka agenda-agenda pembangunan masyarakat yang direncanakan, dapat dilaksanakan dengan mudah yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sebaliknya, Perdana Menteri menjelaskan, sekiranya wujud kepincangan kesatuan daripada aspek perpaduan dan toleransi tersebut, maka itu akan membawa kepada keadaan huru-hara.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan