Garis Panduan Pemakanan Sihat Bakal Dibentang Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Garis panduan pemakanan sihat di sekolah akan dibentang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran untuk diluluskan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata garis panduan itu kini dalam proses akhir untuk disiapkan dan beberapa mesyuarat antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran telahpun selesai.

"Insya-Allah apabila sudah siap nanti kita akan bawa kepada Timbalan Perdana Menteri untuk diluluskan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Garis panduan yang turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual di kantin sekolah dihasilkan bagi memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka, seperti masalah berlebihan berat badan.

Dalam perkembangan lain, Abd Ghafar berkata masa persekolahan yang ditetapkan pada hari Jumaat adalah memadai dan tidak sepatutnya menghalang pelajar-pelajar Islam menunaikan solat Jumaat.

Beliau berkata setiap hari Jumaat, waktu pelepasan pelajar adalah 12.15 tengah hari sedangkan waktu Zohor sekitar 1.20 tengah hari, justeru masa yang ada cukup untuk mereka mempersiapkan diri.

Abd Ghafar diminta mengulas mengenai beberapa aduan daripada ibu bapa bahawa masa persekolahan pada hari Jumaat menyebabkan anak mereka tidak sempat menunaikan solat Jumaat. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan