Sime Darby GLC Pertama Tandatangani Ikrar Integriti Korporat

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd menghantar isyarat yang jelas kepada dunia perniagaan untuk memerangi rasuah melalui ikrar integriti korporatnya susulan usaha gigihnya selama lebih setahun dalam menyelesaikan skandal perniagaannya.

Sime Darby merupakan syarikat berkaitan kerajaan pertama yang menandatangani ikrar integriti korporat itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata selama lebih setahun, konglomerat itu mengkaji proses dalamannya dan meneliti sistemnya yang sedia ada.

"Penting bagi kami menghebahkan (ikrar korporat) ini, untuk menghantar isyarat yang jelas kepada dunia bahawa kali ini kami benar-benar bertekad," katanya pada upacara menandatangani dan penyerahan ikrar integriti korporat itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini Khamis.

Mohd Bakke berkata tahun lepas merupakan tahun yang kucar-kacir bagi syarikat itu tetapi ia telah mengadakan langkah-langkah untuk menambah baik tadbir urus korporatnya dan proses kawalan dalaman untuk mencerminkan komitmen dan kesungguhan syarikat terhadap usaha memerangi rasuah.

Sementara itu, Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata suruhanjaya itu dan Sime Darby akan menganjurkan satu kursus khas bagi pembekal konglomerat itu tentang undang-undang dan perilaku yang lebih baik dalam menjalankan perniagaan dan mengelakkan mereka daripada terjebak dalam perangkap sogokan dan rasuah, tegasnya.

Abu Kassim berkata seramai 424 individu, termasuk pegawai dan pemilik syarikat ditangkap tahun lepas kerana rasuah.

Beliau menyarankan supaya pembekal-pembekal yang menghadiri kursus itu diberikan keutamaan oleh Sime Darby untuk mengambil bahagian dalam projek-projek akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan