Nasrudin Hairan Dr M Iktiraf PAS Parti Islam

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS hairan dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara sinis menyebut bahawa langkah parti pembangkang itu menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam memberi kemenangan besar kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu seolah-olah mengiktiraf parti tersebut sebagai parti Islam

"Sedangkan Dr Mahathir selama ini tidak pernah iktiraf PAS parti Islam. Siapa Tun Mahathir nak tegur tentang PAS?

"Kenapa baru sekarang Tun Mahathir rasa keluh-kesah selepas kita nak tegakkan konsep negara berkebajikan?," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Nasrudin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir menerusi blognya bahawa Karpal adalah individu yang paling memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama dalam PAS.

Malah Dr Mahathir berkata, hasrat Karpal untuk melihat usaha PAS menegakkan negara Islam gagal akhirnya tercapai apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara 'rasmi' menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.

Bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut, Nasrudin berkata, PAS kini berada pada landasan betul untuk membangunkan negara berkebajikan.

"Inilah masalahnya kalau seseorang itu jahil tentang Islam, mereka akan keluarkan kenyataan-kenyataan yang mengarut.

"PAS kini berada di landasan untuk membangunkan konsep negara berkebajikan, perkara ini terkandung dalam agenda perjuangan Islam. Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak pernah tinggalkan atau lupakan tentang agenda Islam," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pelbagai tanggapan yang timbul di kalangan akar umbi berhubung hala tuju parti itu selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-57 Ahad lalu, Nasrudin berkata beliau lebih gembira dengan perkembangan berkenaan.

Jelasnya, kegusaran berkenaan memberi isyarat bahawa ahli PAS mahu mengetahui dengan lebih terpeinci mengenai dasar parti khususnya berkaitan dengan konsep negara berkebajikan.

"Perasaan tertanya-tanya di kalangan ahli dan rakyat itu sangat bagus. Bila mereka ada perasaan ingin tahu, ini memudahkan kita di peringkat pimpinan untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai konsep baru tersebut," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan