Mahkamah Syariah Kuantan Bersidang Waktu Malam

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bersidang Rabu malam sebagai usaha mempercepatkan penyelesaian kes-kes tertunggak.

Sidang mahkamah pada sebelah malam itu difahamkan merupakan yang kedua dilaksanakan di negara ini selepas Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang Muhammad Azhari Abd Rahman berkata sidang itu diadakan atas inisiatif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Rahman Md Yunus berikutan lambakan kes yang perlu diselesaikan.

Beliau berkata ketika ini mahkamah tersebut menerima antara 30 hingga 40 kes sebutan sehari manakala 10 hingga 15 kes bicara sehari.

"Bagi enam bulan pertama tahun ini sahaja hampir 500 kes telah didaftarkan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya iaitu 450 kes," katanya kepada pemberita di sini.

Sidang mahkamah yang bermula 9 malam dan akan berakhir selewat-lewatnya pada 11 malam berbanding operasi biasa iaitu bermula 8.30 pagi hingga 5 petang itu akan mendengar kes mal (sivil) seperti fasakh, harta sepencarian dan penceraian.

Katanya sidang pada sebelah malam itu dijangka diadakan setiap dua kali seminggu dengan mendengar 10 kes semalam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan