Mahkamah Halang Lelong Ibu Pejabat PKR

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Proses lelongan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual pada Khamis dibatalkan ekoran satu perintah mahkamah bagi menghalang proses berkenaan diteruskan.

Bendahari PKR, William Leong berkata, beliau menerima maklumat pembatalan proses berkenaan awal pagi ini daripada pihak bank.

"Saya dimaklumkan oleh pihak bank bahawa proses lelongan dibatalkan.

"Apa yang diberitahu ialah mahkamah telah mengeluarkan satu injunksi bagi menghalang bangunan tersebut dilelong," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Menurut sumber, injunksi tersebut dipohon oleh pihak ketiga iaitu pemiutang lain kepada pemilik bangunan berkenaan.

"Difahamkan pemilik bangunan itu juga gagal melangsaikan hutang dengan pihak lain. Jadi mungkin pemiutang tersebut mahu mendapatkan hak pemilikan bangunan itu sebagai ganti hutang yang tak dapat dijelaskan," kata sumber berkenaan.

Sebelum ini William yang juga Ahli Parlimen Selayang berkata PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu namun ia bergantung kepada harga yang ditawarkan.

Ibu pejabat PKR yang terletak di Merchant Square akan dilelong kerana pemilik bangunan yang disewa parti tersebut gagal membayar balik pinjaman bank.

PKR menyewa dua lot bangunan di mana setiap satu lot setinggi lima tingkat dengan sewa bulanan di antara RM10,000 ke RM20,000 sebulan kepada sebuah syarikat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan