Kerajaan Pulau Pinang Perlu Wujud Jawatankuasa Pantau Keselamatan Di Batu Feringgi - Dr Ng

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menegaskan, kerajaan Pulau Pinang perlu membentuk satu Jawatankuasa Masa Depan Batu Feringgi yang memfokus kepada soal keselamatan aktiviti-aktiviti pelancongan di negeri tersebut.

Beliau berkata, kementerian telah mencadangkan perkara tersebut dua tahun lalu dan kini sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu.

"Pihak kementerian telah mencadangkannya tidak kurang daripada lima kali supaya diwujudkan satu penguatkuasaan yang berdisiplin untuk memantau aktiviti-aktiviti di Batu Feringgi.

"Saya dengan rendah hati mengulangi pendirian kementerian kerana aktiviti pelancongan tertakluk kepada perundangan negeri," katanya kepada para pemberita selepas menyempurnakan usaha sama strategik antara i-City dan MTV Networks Asia di sini, Khamis.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew dan Naib Presiden Eksekutif, Viacom International Media Networks, Indra Suharjono.

Beliau diminta mengulas insiden seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang patah bahu kiri setelah dirempuh seekor kuda yang ditunggang oleh seorang lelaki di pantai berkenaan Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Arina Kirana Azrin turut cedera di paha kanan akibat dirempuh ketika dia sedang bermain dengan kakaknya yang berusia 12 tahun di pantai tersebut.

Kakaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sambil melahirkan rasa kesalnya, Dr Ng berkata, insiden sedemikian akan menjejaskan industri pelancongan di Pulau Pinang.

"Kerajaan negeri perlu berhati-hati. Misalnya dalam insiden seorang wanita pelancong asing dilanggar jet ski sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya patah dan mengalami kecederaan parah di pantai yang sama tidak lama dahulu sehingga menyebabkan pelancong dari China itu berkata dia tidak akan kembali ke Malaysia lagi," katanya.

Mengenai kereta api Bukit Bendera yang rosak buat kali ketiga dalam tempoh hanya lebih sebulan setelah disambung semula perkhidmatannya pada 25 April selepas menelan kos penambahbaikan sebanyak RM73 juta, Dr Ng berkata, beliau sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

Tegasnya, semua pihak terlibat iaitu kontraktor, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan operator kereta api itu iaitu Perbadanan Bukit Bendera mesti segera menangani masalah tersebut.

"Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelancongan telah memperuntukkan RM73 juta untuk keretapi tersebut... Ia sepatutnya beroperasi dengan baik .

"Anjing berlari melalui trek adalah alasan yang tidak boleh diterima," katanya sambil menambah beliau akan pergi ke Pulau Pinang esok untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tambahnya, beliau berkata, telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian ke situ untuk urusan yang sama.

Dalam kes pertama, kereta api berkenaan mengalami kerosakan mekanikal apabila sekumpulan anjing menceroboh relnya selepas lapan hari perkhidmatannya disambung semula, manakala pada 4 Jun lalu, perkhidmatannya terpaksa dihentikan sekali lagi kerana masalah mekanikal.

Pada 7 Jun lalu, perkhidmatannya terhenti pada kira-kira pukul 10 pagi, dipercayai akibat masalah teknikal, ketika beratus-ratus pelancong berbaris untuk membeli tiket di stesennya di puncak Bukit bendera.

Bagaimanapun, lebih kurang 400 penumpang yang terkandas itu telah dibawa turun dengan jip dan bas.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan