Keluarga Desak Peguam Negara Dakwa Anggota Polis Sebabkan Kematian Tiga Remaja

Diterbitkan: Khamis, 9 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keluarga tiga remaja yang ditembak mati oleh polis di Glenmarie, Shah Alam pada November tahun lalu menggesa Jabatan Peguam Negara mendakwa anggota polis yang bertanggungjawab menyebabkan kematian anak mereka.

Ibu kepada Muhammad Syamil Hafiz Shapiei, Nur Hafizah Md Radzi, 52, mahu individu yang menembak anaknya itu dihadapkan ke mahkamah serta dikenakan yang hukuman setimpal.

“Sukar untuk saya lafazkan betapa sedihnya hati saya sebagai seorang ibu. Kenapa dia harus ditembak? Anak saya bukan pembunuh, anak saya bukan penjenayah. Dia cuma berumur 15 tahun. Di mana keadilan untuk anak saya?

“Saya hilang keyakinan pada pihak polis, saya hendak tegakkan keadilan buat anak saya. Saya mahu orang yang membunuh anak saya dihadapkan ke mahkamah dan mereka akan dapat balasan yang setimpal,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis. Hafizah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sedangkan mereka boleh menangkapnya ketika dia menyerahkan diri.

“Kenapa anak saya tidak ditangkap sahaja ketika dia menyerah diri. Kenapa dia harus dibunuh.

“Kamu takkan faham perasaan saya seorang ibu memikirkan bagaimana anak saya merayu dan meminta supaya nyawanya tidak diambil. Sampai sekarang saya tidak boleh lupakan. Saya minta orang di luar sana fikirkan perasaan saya kalau kamu juga menjadi saya,” katanya.

Ayah kepada seorang lagi mangsa, Mohammad Hanafi Omar, Omar Bakar pula mempertikaikan kenyataan polis yang berbeza dengan laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh pihak hospital

“Saya nak pertikai kenapa pihak polis tembak dua kali di pipi sebelah kanan dan bahu. Kenyataan yang polis bagi kepada kami sebelum ini lain, laporan bedah siasat yang ini juga lain. Kenapa pihak polis perlu berbohong kepada ahli keluarga kami?,” tegasnya.

Omar berkata dia mahu punca sebenar kematian didedahkan serta menuntut keadilan berhubung kematian anaknya.

“Saya tidak puas hati laporan yang diberikan kerana ia hanya untuk mengaburi mata rakyat untuk mempertahankan anggota mereka.

“Kesalahan ini di pihak polis, sepatutnya anggota yang buat laporan palsu ini disingkirkan daripada jawatannya dan ditangkap segera,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Mohd Khairul Nizam Tuah, Hamidah Kadar, 55, pula enggan memberikan sebarang komen kerana masih bersedih atas kematian anaknya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran berkata berdasarkan laporan bedah siasat yang diperoleh jelas menunjukkan ketiga-tiga remaja yang ditembak mati oleh polis ditembak dari jarak dekat.

“Laporan bedah siasat yang kita peroleh ini bercanggah dengan versi polis bahawa dalam kejadian itu mereka bertindak mempertahankan diri dan menembak. Ini bermakna tembakan mesti dilepaskan dari hadapan,” katanya yang juga peguam bagi keluarga mangsa.

Beliau berkata, menurut laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang juga jelas menunjukkan peluru menembusi kepala dan dada ditembak dari sudut 45 darjah.

“Ini menunjukkan mangsa sedang berlutut ataupun berada pada kedudukan lebih rendah daripada orang yang melepaskan tembakan,” katanya sambil merujuk kepada laporan autopsi Muhammad Syamil Hafiz.

Oleh itu, Surendran berkata berdasarkan bukti saintifik serta laporan bedah siasat yang diperoleh pihak polis perlu menahan anggota yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

“Pejabat Peguam Negara perlu segera dakwa individu yang didapati bersalah. Mereka perlu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Pada 13 November tahun lalu, tiga remaja, Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, ditembak mati oleh polis pada awal pagi di Glenmarie, Shah Alam.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dilaporkan baru sahaja menyamun sebuah stesen minyak di U1/1, Shah Alam serta dipercayai terlibat dalam kejadian rompak di stesen minyak di Monteres dan Bukit Subang.

Pihak polis mendakwa remaja berkenaan menyerbu mereka dengan bersenjatakan parang hingga memaksa polis melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan