Saringan Ketat Bagi RM35,000 Rayuan Kemasukan Ke Program Martikulasi

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menjalankan saringan ketat berdasarkan merit ke atas 35,000 rayuan bagi kemasukan ke program matrikulasi sesi 2011/2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata angka itu adalah amat besar bagi memenuhi tempat yang terhad selain terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.

Beliau berkata saringan berdasar merit itu selain melihat keputusan peperiksaan SPM, turut mengambil kira aktiviti kokurikulum pelajar dan latar belakang keluarga mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan majlis taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program matrikulasi kementerian itu bagi sesi 2011/2012 kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini Rabu.

"Kita persetujui supaya apa-apa pun sebelum perkara ini dibawa kepada umum, mereka perlu dapat penjelasan daripada kementerian supaya jangan timbul persepsi yang negatif seolah-olah pihak kami tidak telus, katanya.

Puad berkata hasil taklimat tersebut, wakil-wakil parti komponen yang hadir dilihat menerima penjelasan daripada pihak kementerian.

"Kita juga lebih suka lebih banyak pihak maklum tentang cara kita ambil pelajar matrik ini," katanya.

Keputusan rayuan memasuki program matrikulasi telah keluar pada 4 Jun lalu dan pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri sebelum akhir minggu ini.

Kementerian menerima 25,000 pelajar dan kuota pengambilan pelajar bagi bukan bumiputera ditetapkan sebanyak 10 peratus sejak 2003.

"Saya turut berharap wakil-wakil parti komponen dapat menyampaikan penjelasan kriteria pemilihan kepada ahli-ahli termasuk juga ibu bapa yang berkaitan," kata Puad.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan