Saringan Ketat Bagi 35,000 Rayuan Kemasukan Ke Program Matrikulasi

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menjalankan saringan ketat berdasarkan merit ke atas 35,000 rayuan bagi kemasukan ke program matrikulasi sesi 2011/2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata angka itu adalah amat besar bagi memenuhi tempat yang terhad selain terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.

Beliau berkata saringan berdasar merit itu selain melihat keputusan peperiksaan SPM, turut mengambil kira aktiviti kokurikulum pelajar dan latar belakang keluarga mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan majlis taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program matrikulasi kementerian itu bagi sesi 2011/2012 kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini, Rabu.

"Kita persetujui supaya apa-apa pun sebelum perkara ini dibawa kepada umum, mereka perlu dapat penjelasan daripada kementerian supaya jangan timbul persepsi yang negatif seolah-olah pihak kami tidak telus, katanya. Puad berkata hasil taklimat tersebut, wakil-wakil parti komponen yang hadir dilihat menerima penjelasan daripada pihak kementerian.

"Kita juga lebih suka lebih banyak pihak maklum tentang cara kita ambil pelajar matrik ini," katanya.

Keputusan rayuan memasuki program matrikulasi telah keluar pada 4 Jun lalu dan pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri sebelum akhir minggu ini.

Kementerian menerima 25,000 pelajar dan kuota pengambilan pelajar bagi bukan bumiputera ditetapkan sebanyak 10 peratus sejak 2003.

"Saya turut berharap wakil-wakil parti komponen dapat menyampaikan penjelasan kriteria pemilihan kepada ahli-ahli termasuk juga ibu bapa yang berkaitan," kata Puad. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan