Persatuan Penjual Kereta Terpakai Protes Peraturan Pemeriksaan Baru

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penjual-penjual kereta terpakai kecewa dengan punguatkuasaan peraturan baru yang mewajibkan kenderaan yang mahu dijual semula menjalani pemeriksaan 18 aspek selaras dengan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010).

Mulai 15 Jun, semua kenderaan terpakai yang mahu dijual semula perlu menjalani pemeriksaan berkenaan dikenali sebagai B7.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin berkata, B7 akan menyebabkan para pelanggan terbeban dengan kos yang tidak sepatutnya dikenakan.

Katanya, pemeriksaan empat aspek sedia ada (B5) melibatkan nombor casis, nombor enjin, tingkap dan cermin depan selain bahagian potong dan sambung adalah memadai.

"Pemeriksaan B7 amat tidak perlu dengan tambahan 14 aspek yang berasaskan pemeriksaan visual semata-mata amat tidak munasabah," katanya kepada pemberita semasa protes oleh sekumpulan ahli-ahli Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Kuala Lumpur serta Selangor di sini, Selasa.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu dan syarikat yang ingin menjual kereta terpakai perlu mendapatkan sijil kelulusan Pemeriksaan Sewa Beli daripada Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) sebaik Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010)

Sijil yang akan dikeluarkan Puspakom mesti melalui pemeriksaan mekanikal yang merangkumi 18 aspek termasuk nombor casis, nombor enjin, nombor pendaftaran, cermin, tayar dan brek.

Khoo berkata, peraturan baru itu hanya akan menguntungkan Puspakom sedangkan pelanggan terpaksa membayar sehingga RM90 untuk tujuan pemeriksaan itu berbanding RM30 bagi B5.

Isu lain yang dibangkitkan ialah bayaran tempahan sebanyak 1 peratus, yang memerlukan penjual kereta terpakai mengembalikan bayaran berkenaan sebanyak 90 peratus sekiranya jual beli dibatalkan .

"Jika kami ambil Rm100 untuk kenderaan berharga RM10,000, kami hanya dapat RM10 jika pelanggan membatalkan proses pembelian pada saat akhir. Ini tidak adil," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan