Payudara Rosak Selepas Pembedahan Pembesaran

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tham (kiri) memberitahu Chong (tengah) dan pembantunya tentang situasi yang dialaminya dekat Wisma MCA
Tham (kiri) memberitahu Chong (tengah) dan pembantunya tentang situasi yang dialaminya dekat Wisma MCA

KUALA LUMPUR: Bagaikan jatuh ditimpa tangga, selepas ditinggalkan kekasih seorang kerani di sini mengalami jangkitan di bahagian payudara selepas menjalani pembedahan membesarkannya.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Tham, 30 mengadu payudaranya telah dijangkiti dan mengalami rasa gatal selepas menjalani prosedur pembedahan tersebut.

Tham yang berasal dari Pahang mendakwa dia berjumpa dengan seorang pakar bedah dan menjalani pembedahan di sini untuk memberi kejutan kepada teman lelakinya dengan payudara yang besar.

"Teman lelaki saya sering memberitahu yang dia suka jika saya berbadan lebih kurus dan mempunyai buah dada yang besar." katanya.

Bagaimanapun, teman lelakinya itu meninggalkan dirinya beberapa minggu kemudian.

"Dia sangat marah kerana saya telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk pembedahan itu," kata Tham.

Menurut Tham lagi, bekas teman lelakinya itu juga berasa tidak selesa dengan luka-luka di badannya kesan daripada pembedahan.

Tham meminjam sebanyak RM13,000 daripada bapanya untuk menjalani pembedahan tersebut.

"Pakar bedah itu memberitahu saya bahawa dia akan memindahkan lemak dari bahagian pinggul dan pinggang saya ke buah dada.

"Seminggu selepas melakukan pembedahan, nanah keluar dari bahagian yang disuntik pakar bedah itu dengan lemak," beritahunya.

Tham juga mengatakan bahawa dia menjalani pembedahan yang menyakitkan itu dalam keadaan sedar kerana pakar bedah itu memberitahunya bahawa dia (pakar bedah) tidak mempunyai lesen untuk membiusnya.

"Payudara saya juga menjadi bengkak dan bertukar warna kepada hitam," katanya.

Apabila Tham pergi semula ke klinik tersebut, pakar bedah itu menawarkan untuk melakukan semula keseluruhan pembedahan.

"Namun saya membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kulit," kata Tham yang kini sedang menjalani rawatan untuk kecederaanya itu.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong memberitahu bahawa beliau akan melantik seorang peguam untuk kes Tham.

"Kami percaya pakar bedah itu tidak mempunyai lesen," kata Chong.

Beliau juga memberitahu bahawa pakar bedah yang beroperasi di klinik dekat sebuah pusat membeli belah di sini enggan membayar ganti rugi ke atas kesulitan yang dihadapi oleh kepada Tham.

Beliau menyeru semua wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan kosmetik atau plastik supaya mendapatkan khidmat doktor yang berlesen sahaja.

"Ia akan mengurangkan risiko untuk mendapati kesan-kesan seperti ini," tambahnya.

Chong memberitahu, beliau akan memeriksa dengan Kementerian Kesihatan sama ada pembedahan memindahkan lemak daripada bahagian abdomen kepada payudara adalah dibenarkan ataupun tidak.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan