Lawatan Buka Minda Perdana Menteri Kepada Perkembangan Asia Tengah

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASTANA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata lawatan yang julung-julung kali dilakukannya ke Kazakhstan sejak Isnin telah membuka minda beliau terhadap perkembangan dan kerancakan pembangunan di rantau Asia Tengah khususnya negara ini.

Perdana Menteri berkata lawatan rasmi beliau ke sini atas undangan Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev telah membolehkannya melihat sendiri keterbukaan negara berpenduduk 16 juta orang ini, termasuk dalam menggalakkan syarikat-syarikat dari luar negeri untuk melabur dalam pelbagai bidang.

"Pada pertemuan kali kedua saya semalam dengan Nazarbayev dan pagi ini dengan Perdana Menteri Karim Massimov, mereka sekali lagi menyuarakan harapan agar kita dapat melaksanakan beberapa projek 'signature'," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatannya, Rabu.

Selain lawatan rasmi dua hari, Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan lima Menteri Kabinet, turut menghadiri dan menyampaikan ucapan khas pada Forum Ekonomi Islam Sedunia kali ketujuh yang sedang berlangsung di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta dari 50 buah negara.

Kazakhstan, katanya, sudah menawarkan satu lesen perbankan Islam kepada syarikat dari Malaysia, yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk belajar daripada pengalaman dan kepakaran Malaysia dalam bidang itu.

Najib berkata dalam menambah kerancakan pembangunan bandaraya ini, yang dimodelkan kepada Putrajaya, Kazakhstan juga berharap Malaysia dapat segera mendirikan bangunan yang bercirikan senibina Malaysia di sini.

"Dalam bidang minyak dan gas pula, saya akan meminta Petronas datang kemari mengadakan perbincangan untuk melibatkan diri dalam pelaburan dan projek kepakarannya," katanya, yang menambah bahawa dua projek 'signature' lagi ialah dalam bidang pertanian dan penternakan dan penjanaan tenaga elektrik.

"Mereka juga berharap kita akan meningkatkan lagi pelaburan kita dalam bidang-bidang tertentu dan apabila sudah ada 'signature' projek ini, diharapkan projek-projek lain akan lebih banyak menyusul," tambahnya.

Bagi projek penjanaan tenaga elektrik, Kumpulan CIMB melalui sebuah syarikatnya sudah menandatangani perjanjian pelaburan US$50 juta (RM150.8 juta) dengan syarikat tempatan semalam, selain sebuah syarikat dalam bidang agro-penternakan menandatangani perjanjian dengan rakan kongsinya di sini.

Hari ini, Amanah Raya Berhad pula menandatangani perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi menguruskan dana haji dan pengendalian jemaah haji dari Kazakhstan.

"Ini merupakan kejayaan awal kita yang sangat bermakna. Selain itu saya juga memberitahu kedua-dua pemimpin Kazakhstan itu bahawa Malaysia juga mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan dan boleh ikut terlibat di negara ini," katanya.

Turut serta dalam delegasi Perdana Menteri ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang diberi tugas khas sebagai penyelaras pelaburan dan projek-projek dua hala bagi pihak Malaysia dalam hubungan dengan Kazakhstan.

Najib berkata Mustapa akan mengambil langkah susulan bagi memastikan projek-projek yang dipersetujui sempena lawatan itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Menteri lain ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Kerjaraya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Raya Berhad Datuk Dusuki Ahmad memberitahu Bernama bahawa projek-projek yang dilaksanakan Malaysia di sini khasnya projek dana haji Kazakhstan bukan semata-mata mempunyai implikasi ekonomi yang besar tetapi juga satu bentuk pelaksanaan fardu kifayah dalam mengembangkan syiar Islam.

"Lawatan Datuk Seri Najib ini, saya lihat sangat berjaya dalam merapatkan hubungan dua hala Malaysia-Kazakhstan dalam bidang ekonomi dan membantu meningkatkan minat rakyat Kazakhstan yang majoritinya beragama Islam untuk memperkukuhkan amalan dan ibadah Islam mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan