Jawatan PM: Kedudukan Abdul Hadi Ditentukan Ahli

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Abdul Hadi perlu akur dengan permintaan akar umbi dan kehendak sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka menaruh kepercayaan kepadanya.

"Tak semestinya apabila beliau katakan tak mahu jadi Perdana Menteri maksudnya menolak terus. Kalau ahli parti mahukan beliau dan rakan-rakan dalam pakatan juga mahukan beliau, akhirnya beliau kena akur juga.

"Masa itu mungkin beliau tak dapat lagi menolak sekiranya tanggungjawab diletakkan kepadanya... kalau terpaksa, beliau perlu pikul amanah itu," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Pada Selasa Abdul Hadi berkata beliau tidak berminat menjadi Perdana Menteri kerana perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada PAS akan memberi laluan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri, Nasrudin berkata perkara tersebut bagaimanapun masih terlalu awal untuk dibincangkan.

"Soal siapa calon Perdana Menteri masih terlalu awal untuk kita perkatakan, lebih baik tunggu bila tiba masanya nanti," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan Nasrudin berkata, kenyataan Abdul Hadi itu mencerminkan sikap seorang pemimpin yang merendah diri.

"Inilah beza seorang pemimpin yang tawaduk kerana tidak meletakkan keinginan kepada jawatan dan pangkat.

"Bagi PAS, tidak kira siapa sahaja yang jadi Perdana Menteri kerana yang penting dasar yang kita perjuangkan dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan