Bijih Besi Sumber Alam Terbaru Negeri Kedah - MB

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah telah mengenalpasti beberapa kawasan di negeri ini yang kaya dengan bijih besi yang boleh dilombong sebagai sumber pendapatan baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu dan Kuala Muda dikenalpasti sebagai kaya dengan sumber ini.

Beliau menambah, beberapa buah syarikat perlombongan swasta telah menyatakan minat mereka untuk menjalankan aktiviti melombong secara komersil di kawasan tersebut.

"Kesemua syarikat berkenaan adalah syarikat tempatan dan kerajaan negeri masih berbincang mengenai pelan projek perlombongan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan kereta api yang akan menghubungkan Kobah di Pendang ke Pulau Bunting.

Katanya, beberapa pelabur dari Kunming China telah menunjukkan minat untuk menjadikan Pulau Bunting sebagai pelabuhan untuk memindahkan produk mereka sebelum dieksport ke Afrika dan Australia.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan