Warga Emas Berterima Kasih Kepada 'Penangkap Hantu'

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ong bersama Zainab. - Foto THE STAR Oleh LIM BENG TATT
Ong bersama Zainab. - Foto THE STAR Oleh LIM BENG TATT

GEORGETOWN: Selama satu bulan, beratus-ratus kejadian kebakaran berlaku dengan penuh misteri di rumah seorang warga emas yang terletak di kawasan pedalaman Kelantan.

Apabila masalahnya berjaya diselesaikan, Zainab Sulaiman, 73, berjanji untuk merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada salah seorang pakar paranormal yang membantunya.

Peluang itu hadir apabila dia perlu berkunjung ke Seberang Prai untuk menghadiri satu majlis perkahwinan.

Dia kemudiannya mengembara ke Pulau Pinang dan menetap semalaman di situ untuk berjumpa dengan ahli spiritual, Master Ong Q Leng.

Ong menawarkan perkhidmatan pemulihan, penyucian secara rohaniah, petua feng shui dan khidmat runding dengan klien-kliennya.

"Apabila mimpi ngeri saya berakhir, saya nekad untuk menemuinya di Pulau Pinang. Ini baru betul kerana dia datang dari jauh semata-mata untuk membantu saya," kata Zainab.

Zainab tinggal di sebuah rumah papan di Kampung Penambang Bunga Emas dekat Kota Baru dengan menantu perempuan dan dua orang cucunya.

Rumah tersebut bagaimanapun mengalami siri insiden pelik apabila api misteri membakar lalu merosakkan lebih 250 barangan seperti kain, tikar, tilam dan langsir sejak awal Disember tahun lalu.

Sekurang-kurangnya lima pakar paranormal cuba menghalau hantu dari rumah Zainab sejak akhir tahun lalu hingga Januari lalu.

Mereka terdiri daripada seorang bomoh, pengantara warga Thailand, sepasang suami isteri warga Amerika Syarikat yang menghalau hantu, sekumpulan penangkap hantu beragama Islam dan Ong.

Zainab memberitahu, Ong merupakan orang terakhir yang membantunya dan kejadian misteri tersebut berakhir selepas itu.

Ong, 35, melawat ke perkampungan Zainab sebanyak dua kali pada awal Januari lalu.

Dalam lawatan yang pertama, Ong menghalau jin-jin dan mewujudkan suatu 'perlindungan' keatas rumah tersebut.

Lawatan kali kedua adalah untuk menghapuskan entiti paranormal itu.

"Saya pulang selepas menyediakan perlindungan pada hari pertama. Bagaimanapun naluri saya memberitahu masalah lain mungkin timbul.

"Oleh itu saya kembali ke situ pada keesokannya dan tiba ketika api mula membakar rumah tersebut," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan