RM300 Juta Diperuntukkan Untuk Membina 9,146 Rumah Rakyat Termiskin Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kerajaan menyasar untuk menyediakan 9,146 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) untuk rakyat termiskin yang terdiri daripada 5,692 buah rumah bina baru dan 3,454 buah rumah dibaik pulih sebelum hujung tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,618 buah rumah bina baru akan dilaksanakan di Semenanjung, 2,345 buah di Sabah dan 1,729 buah di Sarawak.

Bagi rumah baik pulih, ia merangkumi 2,087 buah di Sarawak, 919 buah di Semenanjung dan 449 di Sabah.

Beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi tujuan itu.

"Bagi tahun 2010, sebanyak 6,204 rumah dibina baru dan 10,722 buah dibaik pulih menjadikan jumlah keseluruhan 16,926 buah rumah dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 kepada warga kementerian itu di sini Selasa.

Yang turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Menteri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Datuk Hasan Malek dan Ketua Setiausaha Datuk Ibrahim Muhammad.

Jelas Mohd Shafie, sehingga 27 Mei tahun ini, kementerian berkenaan telah mewujudkan 548 buah rumah bina baru dan 531 buah rumah baik pulih.

Katanya kerajaan kini menetapkan sasaran 70 peratus untuk melaksanakan rumah baik pulih manakala 30 peratus rumah bina baru yang menjimatkan kos dan masa pembinaannya.

Beliau juga berkata satu siri perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diadakan baru-baru ini bagi membolehkan sebahagian masyarakat Orang Asli yang memasuki perkhidmatan awam ditempatkan di pelbagai kementerian dan jabatan.

Katanya sebanyak 1,305 jawatan telah diisi oleh Orang Asli dalam sektor awam sehingga 18 April tahun ini, iaitu 80 jawatan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional manakala 1,225 jawatan dalam kumpulan Sokongan.

Menurut Mohd Shafie, Jabatan Kemajuan Orang Asli turut menubuhkan Unit Kerjaya bagi menggalakkan lebih ramai Orang Asli menceburi bidang teknikal, usahawan dan profesional. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan