Pemutihan Pendatang Asing: KDN Siasat Syarikat Kutip Wang Tanpa Izin

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat yang mendakwa mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengutip wang bagi memutihkan pendatang tanpa izin kini sedang disiasat oleh kementerian berkenaan.

Difahamkan sesetengah syarikat mengutip kira-kira RM800 bagi setiap individu di bawah program 6P.

Program 6P iaitu singkatan kepada -pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran - merupakan langkah pemutihan dan pengampunan berskala besar yang digerakkan oleh KDN untuk mengurangkan jumlah pendatang tanpa izin di negara ini yang dianggarkan berjumlah kira-kira dua juta.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab itu disenaraihitamkan kerana kementerian tidak memberikan kuasa kepada sebarang syarikat atau wakil untuk memungut wang di bawah program tersebut.

"Polis dan Cawangan Khas sedang memantau syarikat-syarikat berkenaan. Saya sedar ia sedang berlaku. Kami tidak akan bertolak ansur dalam hal ini. Sekiranya mereka mengutip wang, mereka akan disenaraihitamkan," katanya kepada The Star.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Tanpa Izin dijadualkan bermesyuarat tidak lama lagi untuk memuktamadkan program 6P.

Pada Isnin, akhbar The Star melaporkan, satu program pengampunan dan pemutihan imigran di negara ini dari sisi undang-undang bakal diadakan pada bulan depan untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin di negara ini.

Imigran di negara ini dianggarkan berjumlah lebih dua juta orang sekarang.

Di bawah program tersebut, pendatang tanpa izin boleh pulang ke negara masing-masing tanpa ditangkap.

Bagaimanapun, cap jari mereka akan diambil dan direkod dalam pangkalan data Jabatan Imigresen.

Hishammuddin memberitahu, kementeriannya sedang dalam proses menyaring beberapa agensi yang berminat mendaftarkan pendatang tanpa izin dalam program tersebut.

"Kami mulakan dengan sistem biometrik kerana kami boleh menggunakan cap jari untuk merekodkan pendatang tanpa izin. Kami boleh mengesan pergerakan mereka seperti tempoh mereka menetap di negara ini.

"Kami juga boleh menggunakan sistem tersebut untuk mengesan mereka yang kembali ke negara ini dengan menggunakan nama lain selepas diusir," katanya sambil menambah cap jari tidak dapat dipalsukan berbanding dokumen yang dapat dipalsukan.

Hishammuddin berkata, program tersebut yang diilhamkan pada 18 bulan lalu akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan.

"Kami sedang memasuki sesuatu bidang yang baru yang memerlukan banyak usaha daripada agensi yang betul dan dalam persekitaran kerja yang betul," katanya.

Tambah beliau, negara-negara lain boleh mencontohi model Malaysia untuk menangani pemerdagangan manusia dan jenayah merentasi sempadan seperti melaburkan wang haram, penyeludupan dadah dan senjata serta keganasan.

"Kami mempunyai semua maklumat asas yang boleh dikongsi bersama oleh semua agensi. Kami boleh berkongsi maklumat tersebut dengan negara-negara lain, dan tidak terhad kepada Interpol (polis antarabangsa)," katanya lagi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan