Pemilihan PAS: Jawatan Lantikan Terlucut

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua jawatan lantikan dalam jawatankuasa dan pimpinan tertinggi PAS pusat sesi 2009/2011 terlucut dengan sendirinya berikutan pemilihan baru yang diadakan pada Muktamar Agung parti kali ke-57, dari 3 hingga 5 Jun lepas.

Pemilihan yang diadakan itu bagi sesi 2011/2013.

Sumber dalaman parti berkata jawatan-jawatan berkenaan ialah setiausaha agung, ketua penerangan, pengarah jabatan pilihan raya, bendahari dan enam anggota jawatankuasa pusat sebagai tambahan kepada 12 kerusi yang sudah terpilih.

"Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) akan memanggil satu mesyuarat jawatankuasa pusat untuk lantikan jawatan-jawatan ini. Ini kena tanya dia sendiri," kata sumber itu kepada BERNAMA, Selasa.

Sumber itu berkata di peringkat negeri pula, jawatan pesuruhjaya negeri juga terlucut dan akan dilantik pada mesyuarat yang sama.

"Selepas dilantik nanti, pesuruhjaya negeri akan melantik timbalan dan struktur organisasi peringkat negeri pula," katanya lagi.

Pada pemilihan PAS pusat Sabtu lepas, Mohamad Sabu menewaskan dua pencabar lain iaitu penyandang Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, penyandang Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar mengekalkan jawatan selain Datuk Husam Musa yang kembali ke kerusi naib presiden selepas satu penggal.

Abdul Hadi pula mengekalkan kerusi presiden untuk penggal kelima selepas menang tanpa bertanding.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan