Teknologi Biometrik Simpan Rekod Individu Keluar Masuk Malaysia - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan sistem biometrik dalam kawalan imigresen bertujuan mengenal pasti klasifikasi individu yang keluar masuk negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, ini penting bagi memastikan mereka tidak mengancam keselamatan negara selain menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Katanya, langkah tersebut turut bagi menempatkan mereka pada sektor secara tepat berdasarkan skil yang direkodkan pada sistem kawalan imigresen.

"Ia bagi memastikan mereka tidak dianiayai atau diambil kesempatan oleh pemerdagang manusia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan The Star pada Isnin mengenai satu program pengampunan dan pemutihan imigran di negara ini dari sisi undang-undang bakal diadakan pada bulan depan untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin di negara ini.

Imigran di negara ini dianggarkan berjumlah lebih dua juta orang sekarang.

Program yang digelar "6P" itu iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil tempoh masa tiga minggu untuk dilaksanakan.

Hishammuddin berkata, setiap individu termasuk rakyat negara ini tertakluk kepada pengimbasan cap jari biometrik apabila berurusan keluar masuk negara ini.

Jelasnya, pihak berkuasa memerlukan sesuatu yang tidak mungkin disalahgunakan dan tidak hanya bergantung kepada ciri-ciri keselamatan pada pasport.

Hishammuddin menambah, pihaknya menerima tawaran daripada syarikat-syarikat untuk melaksanakan program 6P.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan melakukan penapisan terperinci terlebih dahulu terhadap syarikat-syarikat terbabit.

"Apa yang kita tidak ingin lihat ialah syarikat 'menjual' manusia atau terciptanya bentuk perhambaan yang terbaru," jelasnya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, polis akan bertindak tegas terhadap mereka yang menghadiri perhimpunan yang dirancang oleh Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini.

Muktamar PAS ke-57 pada Ahad meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta dalam perhimpunan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan