Kerajaan Mahu Ubah Persepsi Masyarakat Terhadap Kadar Jenayah - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mengubah persepsi masyarakat mengenai kadar jenayah di negara ini menjadi agenda utama kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membentuk keyakinan masyarakat terhadap keselamatan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata masyarakat perlu mengubah persepsi bahawa kadar jenayah masih meningkat sedangkan statistik rasmi menunjukkan penurunan.

Bercakap pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini Ahad, beliau berkata berdasarkan kaji selidik Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PDRM, jenayah keseluruhan menurun sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Jenayah jalanan juga menurun kepada 45 peratus berbanding pada tahun lepas manakala keseluruhan indeks jenayah pada 2010 pula mencatatkan penurunan 15 peratus berbanding pada 2009.

"Angka itu sudah menunjukkan kadar jenayah memang dah turun. Jadi langkah kita sekarang ini adalah bagaimana mahu perbetulkan persepsi mereka yang prosesnya bermula dengan 'engagement' dengan penduduk-penduduk setempat," katanya.

Muhyiddin berkata penurunan kadar jenayah itu menunjukkan PDRM dan semua pihak termasuk pimpinan komuniti dan badan-badan bukan kerajaan telah menjalin kerjasama dengan baik.

Statistik turut menunjukkan bahawa kepuasan masyarakat terhadap keselamatan meningkat 20 peratus iaitu daripada 35.3 peratus pada 2009 kepada 55.8 peratus tahun lepas, katanya.

Di samping itu, statistik ketakutan kepada jenayah kerana kehadiran polis juga menurun sebanyak 5.7 peratus iaitu 58.5 peratus pada 2009 kepada 52.8 peratus pada 2010.

"Itu petanda yang baik tapi belum cukup kukuh dan masih ada ruang untuk kita perbaiki. Kita tahu PDRM telah pun mengatur gerak kerja di seluruh negara. Saya percaya kalau ada kerjasama yang rapat dengan pimpinan masyarakat, di peringkat PDRM dengan pasukan yang digerakkan di kawasan panas, kadar jenayah dapat diturunkan kepada peratusan yang rendah sekali," katanya.

Beliau berkata pegawai dan anggota polis yang turun padang juga akan dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat sentiasa merasakan kehadiran dan penglibatan polis sepanjang masa.

"Oleh itu, seramai 7,400 pegawai polis telah pun ditugaskan dari 'back office' ke 'front office'. Seramai 4,013 penjawat awam pula dipindahkan balai PDRM untuk menjalankan tugas di 'back office'.

"Seramai 14,222 pegawai PDRM ditempatkan untuk tugas rondaan di 50 lokasi panas jenayah. Seramai 8,140 anggota Pasukan Gerakan Am dari PDRM turut ditugaskan memerangi jenayah di kawasan panas berdasarkan lokasi," katanya.

Muhyiddin berkata 5,000 anggota termasuk Ikatan Relawan Mlaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dilatih sebagai anggota polis, iaitu sebahagian daripada inisiatif NKRA untuk mengurangkan jenayah.

Sementara itu, beliau berkata bagi empat bulan pertama 2010, IPD Dang Wangi menduduki tempat ke-12 daripada 63 stesen di seluruh negara daripada segi pencapaian pengurangan jenayah.

Katanya secara keseluruhan, Dang Wangi merupakan stesen polis yang amat berjaya apabila menduduki tempat ke-12 daripada segi ranking bagi tempoh Januari hingga april tahun lepas, meningkat ke tempat kedua dari Mei hingga Ogos namun menurun ke tempat kesembilan dari September hingga Disember. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan