Kerajaan Beri Perhatian Berat Terhadap Soal Kemanusiaan Warga Kota - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk terus memberi perhatian kepada keperluan dan masalah kehidupan yang dihadapi warga kota, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dalam membangunkan Kuala Lumpur seiring dengan rancangan 'Greater KL', soal kemanusiaan dan keperluan asasi juga akan diberi perhatian supaya nikmat kemajuan dapat memanfaatkan penduduk kota.

Katanya perkara membabitkan 'sentuhan hati' tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, sebaliknya menuntut pihak berkuasa untuk memberi perhatian kepada masalah yang mereka hadapi seperti soal anak, keluarga dan keperluan asasi supaya menjadikan tahap hidup mereka lebih baik.

Beliau berkata meskipun Wilayah Persekutuan kini semakin membangun namun sentuhan sifat kemanusiaan tidak harus dilupakan, malah perlu diberi perhatian yang sama berat.

"Adalah sesuatu yang malang jika kita berbelanja berbilion ringgit membina bangunan tinggi dan infrastruktur tetapi rakyat masih hidup dalam kepayahan dan kesusahan. Itu bukan yang kita mahu," katanya ketika mengadakan program turun padang dan beramah mesra bersama penduduk di Lembah Pantai di sini Ahad.

Justeru, Muhyiddin menyeru rakyat supaya membuat keputusan bijak dalam memilih kerajaan yang mampu mendukung perjuangan dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Timbalan Perdana Menteri, yang mengadakan program turun padang sehari suntuk di Wilayah Persekutuan sejak pagi ini, berkata beliau amat gembira kerana dapat bergaul dan memahami dengan lebih dekat keperluan serta rintihan warga kota.

"Melalui langkah turun padang yang tidak mempunyai perantara, saya dapat rasakan denyut jantung rakyat Wilayah Persekutuan dan apakah tuntutan mereka yang perlu kita berikan perhatian dan tumpuan dan itulah hakikatnya akan kita lakukan," katanya.

Pada majlis yang sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, mengumumkan kerajaan akan membina sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di kawasan Lembah Pantai memandangkan kawasan itu masih belum mempunyai sekolah.

Katanya sekolah-sekolah itu bakal dibina di atas tapak seluas 8.24 hektar dan akan dijalankan secara usahasama awam dan swasta.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju dengan cadangan menaik taraf sebuah sekolah di Kerinchi yang akan dilaksanakan pada pelan kedua Rancangan Malaysia ke-10 dan projek menaik taraf itu dijangka mengambil masa dua tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan