UDA Holdings Tertakluk Kepada Prosedur Perolehan Kerajaan - Ahmad Husni

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Cadangan UDA Holdings Bhd yang mahu melantik syarikat dari China bagi membangunkan kawasan Penjara Pudu dengan anggaran kos RM6.7 bilion adalah tertakluk kepada prosedur perolehan kerajaan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata berdasarkan peraturan, kelulusan projek bernilai lebih RM300 juta oleh semua badan milik kerajaan atau berkaitan kerajaan akan diputuskan Kementerian Kewangan.

"Bagi projek melibatkan lebih RM300 juta, keputusan daripada pihak pengurusan syarikat akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan Bahagian Perolehan akan membuat penilaian teknikal terhadap keputusan itu sebelum dibawa ke Jawatankuasa Perolehan untuk dimuktamadkan," katanya kepada pemberita, di sini Ahad.

Beliau diminta mengulas isu pembangunan tapak penjara terbabit, yang timbul apabila UDA Holdings - sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan - didakwa mahu melantik syarikat dari China untuk memajukan kawasan itu kerana tiada syarikat bumiputera yang layak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata bagi projek bernilai lebih RM300 juta, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri Kewangan I, manakala beliau mempengerusikan mesyuarat untuk projek bernilai antara RM100 hingga RM150 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan