Sistem Pembetungan Yang Musnah Di Gaza Akan Turut Jejaskan Israel - Tun M

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mantan Perdana Menteri yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) Tun Dr Mahathir Mohamad bersama aktivis Matthias Chang, yang menyertai misi menghantar paip pvc ke Gaza dengan anak kapal MV Finch pada pertengahan bulan lepas sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Sabtu lalu. - Foto BERNAMA
Mantan Perdana Menteri yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) Tun Dr Mahathir Mohamad bersama aktivis Matthias Chang, yang menyertai misi menghantar paip pvc ke Gaza dengan anak kapal MV Finch pada pertengahan bulan lepas sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Sabtu lalu. - Foto BERNAMA

SEPANG: Israel sepatutnya menyokong penuh misi penghantaran bantuan kemanusiaan membabitkan paip PVC sepanjang 7.5km ke Gaza memandangkan ia akan turut memanfaatkan rakyat Israel, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Keseluruhan sistem pembetungan mereka telah musnah dan ini mengakibatkan banyak sisa kumbahan yang mengalir ke dalam laut. Ini boleh membawa penyakit bukan hanya di Gaza tetapi juga negara berjiran termasuk Israel," katanya.

Dr Mahathir ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menyambut ketibaan tujuh lagi krew kapal MV Finch yang menyertai misi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) untuk menghantar paip PVC itu ke Gaza.

Mereka adalah Kapten Jalil Mansor, Mohd Jaffrey Ariffin, Zainuddin Mohamad, Matthias Chang, Derek Graham, Jenny Graham dan Julie Levasque.

Dua lagi krew kapal berkenaan, kedua-duanya warga India iaitu Sharma Chandan Shimia dan Pal Satya Prakash, mengambil penerbangan terus untuk pulang ke negara mereka.

Dr Mahathir, yang juga Presiden yayasan berkenaan, bagaimanapun menganggapkan misi itu yang merupakan kesinambungan kepada "The Spirit of Rachel Corrie", sebagai berjaya.

"Misi ini untuk menunjukkan bahawa kita tidak menganggap Israel sebagai mempunyai hak melakukan sekatan memandangkan ia melibatkan laut terbuka. Ia adalah laut kepunyaan Gaza, oleh itu kami menunjukkan bahawa kami tidak menghormati sekatan Israel dan mahu memecah sekatan itu.

"Sebenarnya mereka (anggota misi) telah berjaya memandangkan hanya tinggal kira-kira 400 meter sahaja lagi sebelum sampai ke tempat dituju namun malangnya pihak Israel telah melepaskan tembakan dan sebagainya," katanya.

"Jadi, bagi saya misi ini berjaya," kata Dr Mahathir yang bersemangat tinggi berhubung misi itu sungguhpun beliau baru sahaja dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada 18 Mei lepas setelah dirawat selama 10 hari.

Terdahulu pada Sabtu, penasihat PGPF Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata penghantaran paip PVC itu akan dilakukan oleh wakil yayasan berkenaan, Tan Sri Samsudin Hitam yang kini berada di El-Arish, Mesir dan dibantu oleh Kedutaan Malaysia di Mesir.

Beliau berkata PGPF akan meneruskan usahanya untuk menghantar paip itu ke Gaza menerusi Rafah.

Rabu lepas, tiga lagi anggota yang menaiki kapal berkenaan selamat tiba di KLIA.

Mereka adalah wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, wartawan New Straits Times Iskandar Alang Bendahara dan petugas sukarela dari Pejabat Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri Mohd Radzillah Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan