Muktamar Tahunan PAS: Usul Bersih 2 Diluluskan Sebulat Suara

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: PAS akan menganjurkan perhimpunan kedua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2 ) secara besar-besaran pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur dekat sini.

Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar, di sini, Ahad.

“Dalam usul ini kita memberi tumpuan untuk mengerakkan semua organ parti serta semua barisan kepimpinan serta rakan komponen Pakatan Rakyat untuk menyertai serta menjayakan perhimpunan tersebut,” katanya ketika membentangkan usul tersebut di sini, Ahad.

Usul berkenaan juga turut diluluskan sebulat suara pada muktamar parti itu. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu merupakan sememangnya aktivis Bersih serta pernah ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut pada November 2007.

Bersih telah beberapa kali menghantar memorandum mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya menghapuskan undi pos, sistem pendaftaran automatik serta penggunaan dakwat kuku bagi menggantikan sistem sedia ada.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan