Muktamar Tahunan PAS: Tidak Timbul Isu Pemimpin Ulama, Profesional - Tuan Ibrahim

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Calon Timbalan Presiden PAS yang tewas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan isu kepimpinan ulama atau sebaliknya tidak penting bagi saf kepimpinan parti yang baru dipilih.

“Ini bukan kali pertama golongan profesional menang, dua tahun dulu pun mereka yang menang bukan daripada kalangan ulama.

“Kali ini, cita rasa rakyat memihak kepada persiapan pilihan raya umum ke-13, dan momentumnya begitu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kekalahannya dalam saingan tiga penjuru merebut jawatan nombor dua dalam PAS.

Dalam keputusan yang diumumkan pada Sabtu, Mohamad Sabu yang merupakan calon golongan profesional menang dengan mendapat 420 undi sekaligus mengetepikan dua calon ulama, Tuan Ibrahim dan Nasharudin Mat Isa.

Tuan Ibrahim memperoleh 399 undi sementara Nasharudin hanya mendapat 224 undi.

Mengulas lanjut, mengenai kekalahannya Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata beliau menerima dengan hati yang terbuka keputusan pemilihan kali ini.

"Alhamdulillah, Allah mengurangkan beban saya di akhirat. Saya tak rasa kecewa kerana kita tahu ruang berjuang dalam parti sangat luas,” katanya.

Ditanya sama ada ketewasannya disebabkan berlaku pecah undi antara beliau dan Nasharudin, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak menganggap penyertaannya akan memecahkan undi pada pemilihan kali ini.

“Saya tidak lihat soal pecah undi, saya ada hak untuk terima pencalonan kerana itu amanah daripada kawasan yang harus dipikul.

“Saya tidak rasa saya sebagai pengkhianat, bagaimana jika saya tolak pencalonan, apakah saya pengkhianat kepada kawasan,” katanya.

Jelasnya, beliau menerima pencalonan yang diberikan kepadanya sebagai satu amanah.

“Pencalonan daripada kawasan yang diterima besar, jika saya tidak terima itu boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan.

“Saya rasa perlu terima walaupun rasa berat hati.. kerana ini adalah satu amanah,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan