Muktamar Tahunan PAS: Pemilihan Mat Sabu Kehendak Ahli - Nik Abdul Aziz

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kemenangan Timbalan Presiden yang baru, Mohamad Sabu dan menyifatkan penceramah popular itu menang dengan sokongan sah ahli parti itu sendiri.

Malah Nik Abdul Aziz mengakui Mohamad Sabu mempunyai kredibiliti dan kelebihan tersendiri serta berjaya meyakinkan kepimpinannya terhadap ahli PAS.

Sambil mengaitkan dakwaan bahawa wujudnya usaha mendaftar pengundi di kalangan warga asing menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang, Nik Abdul Aziz berkata kemenangan Mohamad yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' adalah mengikut laluan sah.

"Dia menang bukan sebab MyKad, bukan undi Bangladesh, Burma (Myanmar) atau Parkistan... tapi sebab undi orang PAS," katanya ketika menyampaikan ceramah perdana sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 di sini, Sabtu malam.

Mohamad Sabu menang dalam saingan tiga penjuru dengan mendapat 420 undi menewaskan penyandang jawatan itu, Nasharudin Mat Isa yang mendapat 224 undi.

Turut mencuba nasib bagi jawatan itu ialah bekas Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 399 undi.

Selain itu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Mohamad merupakan seorang pemimpin yang setia dengan parti walaupun pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Mat Sabu jadi ahli PAS sudah lama... walaupun dua kali masuk ISA tapi dia tak pernah 'sujud' dengan Umno. Dia terus dengan PAS, tak pernah dengan Umno, katanya.

Tambah Nik Abdul Aziz, Mohamad juga merupakan seorang pemimpin yang lantang serta ditakuti oleh musuh tradisi PAS iaitu Umno.

Malah menurutnya, Mohamad mempunyai kelebihan tersendiri khususnya bagi menarik sokongan bukan Islam akan mengancam kedudukan Umno.

"Mat Sabu kita letak untuk bawa golongan bukan muslim, biar tersebar pandangan Islam.

"Kalau dengan saya, orang Cina mungkin akan malu-malu, tapi dengan tidak. Insya-Allah Umno tak boleh tidur selepas ini.

"Timbalan presiden sangat dibenci musuh," katanya.

Selain itu mengulas mengenai kemenangan Mohamad yang disifatkan banyak pihak sebagai penolakan kepimpinan ulama, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata isu berkenaan sengaja dibangkitkan oleh media.

"Ramai penulis sengaja nak laga-lagakan antara ulama dan profesional...ia sengaja diada-adakan oleh Umno.

"Kalau nak tahu tentang PAS jangan baca semua ini, tapi dengar dari mulut orang PAS sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan