Muktamar Tahunan PAS: Kepimpinan Ulama Tidak Ditolak

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Kepimpinan ulama akan terus dipertahankan dalam PAS walaupun keputusan pemilihan parti tidak berpihak kepada golongan ulama untuk terus mendominasi kepimpinan parti itu.

Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ahli PAS dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan fitnah yang dimainkan media bahawa kepimpinan ulama ditolak.

"Saya ingin tegaskan, kita akan pertahankan segala sistem yang ada dan saya berharap jangan bimbang dan jangan terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan bahawa golongan ulama terpinggir," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-57 di sini, Ahad.

Selain itu, Mahfodz turut membidas laporan media mengenai hala tuju PAS yang kini dilihat seolah-olah mengenepikan peranan ulama.

"Apa yang mereka katakan, Timbalan Presiden dan Naib Presiden bukan dari ulama, sebaliknya mereka (media) tidak sedar dalam PAS ada Majlis Syura Ulama yang akan terus memastikan ia terus mempertahankan peranan ulama dalam PAS," katanya.

Jelas beliau lagi, tidak timbul isu kononnya golongan ulama dipinggirkan kerana ulama PAS berada di setiap sayap bukan sahaja Dewan Ulama malah Majlis Syura Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda serta dalam barisan kepimpinan Jawatankuasa PAS Pusat.

Keputusan pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat semalam menyaksikan kumpulan profesional menguasai sebahagian besar jawatan termasuk Timbalan Presiden dimenangi aktivis terkenal, Mohamad Sabu.

Mohamad menewaskan dua lagi calon dari kumpulan ulama termasuk penyandang sebelum ini, Nasharudin Mat Isa dan bekas Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan