Muktamar Tahunan PAS: Haron Din Ingatkan Tragedi PAS Kelantan Jatuh

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengulangi kesilapan lalu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1977 akibat pertikaian politik dikalangan pemimpin parti itu. Menurut Haron, tindakan PAS ketika itu untuk memecat Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir membawa kepada penentangan segelintir pemimpin parti itu. Akibat tindakan itu, Kelantan diisytihar darurat. Haron yang memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada waktu itu antara sebahagian daripada pemimpin parti menentang keputusan untuk menyingkirkan bekas Menteri Besar Kelantan itu. "Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu... cadangan itu ditentang oleh sebahagian pemimpin iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri. "Kami bergaduh dalam mesyurat itu dan akhirnya jawatankuasa menerima pemecatkan Menteri Besar Kelantan itu. Sebut terima saja keputusan itu bangun Ustaz Ali Taib mengisytiharkan melepaskan kesemua jawatannya," katanya ketika ucapan penggulungan di sini, Ahad Bagaimanapun beliau berkata, Muhammad enggan melepaskan jawatan ketika itu sehingga membawa kepada berlakunya huru-hara di negeri Kelantan dan diisytihar darurat. Jelas beliau, peristiwa itu menyebabkan PAS kehilangan kerajaan di Kelantan, dua tahun selepas darurat ditarik balik dan pilihan raya umum diadakan PAS gagal untuk mendapatkan kembali Kelantan selain tewas teruk dengan hanya menang di dua kerusi saja.

"Saya minta supaya perkara ini jangan berulang lagi... pemecatan itu menimbulkan krisis kepemimpinan besar. Saya masa itu turut pergi ke Kelantan atas jemputan (bekas Perdana Menteri) (Tun) Dr Mahathir Mohamad pada masa itu Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Tambahnya lagi, sejarah hitam yang pernah melanda PAS itu perlu dijadikan iktibar kerana kesannya cukup besar iaitu membawa kepada perpecahan PAS di Kelantan.

Mengulas mengenai saranan untuk memperkasakan Majlis Syura Ulama, beliau berkata pemimpin perlu lebih berani untuk tampil mengemukakan cadangan dan bukannya hanya mengharap kepada pemerkasaan semata-mata.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan