Muktamar Tahunan PAS: Golongan Profesional Tidak Akan Rosakkan Parti – Salahuddin

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Kemenangan golongan profesional pada pemilihan PAS ke-57 tidak akan menghancurkan parti dan menyebabkan kepimpinan ulama lenyap.

Sebaliknya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, pemilihan kumpulan bukan ulama termasuk dirinya bukan untuk merosakkan parti yang mentarbiahnya selama ini.

“Adakah orang macam saya yang ditarbiah oleh parti duduk di sini (memegang jawatan tertinggi) untuk menjahamkan oleh PAS?

“Kononnya kemenangan kami (golongan profesional) pada hari ini rosaklah kepimpinan ulama. Ini jarum berbisa yang sedang disuntik oleh mereka ke dalam parti kita.

“Oleh itu, kita harus faham ini niat jahat mereka untuk memecahbelahkan perpaduan dalam parti,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Markas PAS Taman Melewar di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemenangan pemimpin dari kalangan profesional sekaligus mengetepikan pemimpin ulama dalam pemilihan jawatan tertinggi parti pada pemilihan kali ini.

Dalam keputusan yang diumumkan pada Sabtu, jawatan Timbalan Presiden dimenangi oleh aktivis Mohamad Sabu sementara tiga Naib Presidennya, Salahuddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar dilabelkan sebagai mereka yang terdiri daripada pemimpin dari golongan profesional dan bukannya ulama yang menjadi tradisi parti sejak awal penubuhannya.

Dalam pada itu, Salahuddin memberi amaran kepada pihak luar supaya jangan cuba menyuntik ‘jarum berbisa’ kerana usaha tersebut tidak akan mampu menggugat kestabilan serta perpaduan yang kukuh dalam PAS.

Menurutnya, sekiranya perkara itu berlaku maka ahli PAS tanpa mengira sama ada mereka golongan ulama atau tidak akan memerangi musuh tersebut habis-habisan hingga kecundang menyembah bumi.

“Kalau musuh Islam nak pecahkan PAS, sama ada kita ulama atau bukan ulama, kita akan perangi sehingga mereka kecundang menyembah bumi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jangan cuba suntik jarum berbisa ke dalam PAS. Kita akan tentang mereka habis-habisan,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan