Jadikan Subjek Pendidikan Islam Sebagai Syarat Pensijian UPSR, PMR Dan SPM

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran disaran menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai syarat asas pensijilan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelajar beragama Islam.

Wakil Dewan Muslimat PAS Pusat Wan Hamidah Wan Daud berkata syarat itu perlu memandangkan sistem pendidikan negara berorientasikan peperiksaan menyebabkan mata pelajaran Pendidikan Islam sekadar subjek teras untuk dipelajari dan dijawab pelajar di dewan peperiksaan semata-mata.

"Sesi pengajaran dan pembelajarannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Ia dianggap tidak penting sama sekali terutama dalam menentukan syarat pensijilan bagi setiap tahap peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

"Malah ia dianggap subjek yang tidak langsung mempunyai nilai ekonomi dan keperluan pasaran kerja," katanya ketika membentangkan usul pendidikan pada Muktamar PAS ke 57 di Taman Melewar di sini Ahad.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan meneruskan mata pelajaran j-QAF yang diperkenalkan di sekolah rendah ke peringkat sekolah menengah untuk menjamin penguasaan jawi, Al-Quran dan Fardu Ain pelajar beragama Islam.

Wan Hamidah berkata bagi memastikan semua pelajar Islam menguasai dan celik Al-Quran, kerajaan juga harus mewajibkan ujian tilawah Al-Quran kepada semua pelajar Islam di peringkat UPSR dan SPM dan diberikan sijil khas.

Katanya ini berdasarkan maklumat yang diperoleh dari sebuah buku karya Dr Danial Zainal Abidin, seorang pengamal perubatan dan pakar motivasi yang bertajuk "Tips Cemerlang daripada Al-Quran".

Beliau berkata buku itu menyatakan bahawa keputusan PMR beberapa tahun lepas bagi subjek Pendidikan Islam dan Fardu Ain sangat menyedihkan apabila seramai 6,779 pelajar gagal dalam Pendidikan Islam, 616 pelajar gagal mengucap dua kalimah syahadah manakala 1,553 pelajar gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 gagal dalam Rukun Iman.

Selain itu, Wan Hamidah juga menyarankan kursus Pendidikan Islam perlu diwajibkan kepada penuntut Islam di Institut Pengajian Tinggi bagi setiap fakulti sebagai syarat graduasi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan