Agong Rasmi Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 Di Terengganu, Isnin Ini

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual berangkat merasmikan Perkhemahan Poni Kebangsaan 2011 di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini, Isnin ini.

Pengerusi jawatankuasa kerja perkhemahan itu, Datuk Hamzah Mohamad, berkata sebanyak 40 kuda dengan 370 peserta dan 80 jurulatih dari 18 buah kelab kuda poni menyertai perhimpunan selama enam hari itu yang bermula Sabtu.

Katanya sepanjang perkhemahan itu, pelbagai aktiviti disediakan termasuk menunggang kuda, seminar selain kursus bagi juru ladam.

"Tuanku Mizan akan menyampaikan plak penubuhan kelab kepada Kelab Poni Imtiaz, Kementerian Pelajaran, Kelab Poni Sabah dan Kelab Poni Sarawak pada majlis perasmian itu," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Perkhemahan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu bersama Majlis Ekuin Malaysia dan Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan