Yang Di-Pertuan Agong Berangkat Ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka di sini.

Istiadat sembah ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sabtu.

Turut hadir pada upacara itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Keberangkatan tiba pasangan diraja di Dataran Merdeka tepat pada pukul 8 pagi disambut dengan lagu Negaraku serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Seri Paduka kemudiannya menaiki pentas khas bagi menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormat yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.

Pada masa yang sama, lima helikopter milik ATM yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang di ruang udara Dataran Merdeka bagi upacara lintas hormat.

Seri Paduka kemudian memeriksa perbarisan terdiri daripada 25 pegawai dan 520 anggota ketiga-tiga cabang ATM dengan diiringi oleh Panglima ATM Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Ketua Perbarisan Lt Kol Mohammed Feizol Anuar Datuk Ayob, yang juga Pegawai Memerintah Batalion ke-24, Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Sebaik selesai pemeriksaan barisan, gabungan Pancaragam Pusat ATM diketuai Kapten Zaiful Azman Zainul Abidin masuk membuka medan dengan alunan lagu "Medan Seri" dan "Tentera Benteng Pertahanan Negara."

Sejurus itu, istiadat mengarak Panji-panji Yang di-Pertuan Agong menyusul dengan penuh istiadat ketenteraan, dalam tempo kawad perlahan dan cepat.

Laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali oleh anggota perbarisan bergema di Dataran Merdeka pada penghujung istiadat disusuli dengan bacaan doa.

Tuanku Mizan kemudian sekali lagi menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan kehormatan dan lintas hormat oleh kelima-lima pesawat ATM itu, sebelum berangkat meninggalkan majlis itu.

Turut hadir ke istiadat itu ialah menteri-menteri Kabinet, pegawai-pegawai kanan daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, diplomat asing, atase pertahanan beberapa suruhanjaya tinggi serta kedutaan di negara ini dan orang ramai.

Istiadat itu turut disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan