Tekun Nasional Biaya Stokis Produk Berasaskan Bunga Sakura

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Eksekutif Hazz Al-Tawhidi, Hazimi Abdul Hamid (dua dari kiri)dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan (empat dari kiri)memeterai usaha sama memasarkan produk MaVellous sambil diperhatikan Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan selaku duta produk
Ketua Pegawai Eksekutif Hazz Al-Tawhidi, Hazimi Abdul Hamid (dua dari kiri)dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan (empat dari kiri)memeterai usaha sama memasarkan produk MaVellous sambil diperhatikan Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan selaku duta produk

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar produk kesihatan Hazz Al-Tawhidi International (HATI) hari ini menanda tangani usahasama dengan Oryza Oil & Fat Chemical Co. Ltd dari Jepun dan Tekun Nasional dalam memasarkan MaVellous, iaitu satu produk makanan tambahan berasaskan ekstrak bunga sakura yang pertama di negara ini.

Usaha sama itu dimeterai sejajar dengan perlaksanaan Program Pembangunan Usahawan Wanita dan Program Pembangunan Usahawan Muda oleh Tekun Nasional dalam menyediakan bantuan kewangan serta rundingan strategik kepada kumpulan sasar untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan menggunakan produk itu.

"Tekun komited dalam menawarkan pembiayan kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan dalam skala yang kecil mahupun sederhana dan usaha sama yang ditanda tangani ini memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi stokis produk ini," demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan.

"Kami yakin usaha sama yang dijalankan bersama HATI dan Oryza Oil & Fat Chemical Co. Ltd ini dapat menyumbang kepada pembangunan keusahawanan kepada masyarakat."

Mengulas mengenai usaha sama dalam memasarkan produk ini, Ketua Pegawai Eksekutif Hazz Al-Tawhidi, Hazimi Abdul Hamid berkata, "Selain menjalankan perniagaan kami juga berniat memberi peluang kepada rakyat negara ini dalam memperbaiki kualiti kesihatan dan juga ekonomi."

"HATI merupakan yang pertama dan satu-satunya syarikat kesihatan yang menghasilkan produk kesihatan berfomulasikan kebaikan bunga sakura untuk pasaran di Malaysia," katanya lagi.

Turut hadir bagi menanda tangani perjanjian ialah Hiromichi Murai, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Oryza Oil & Fat Chemical Co. Ltd yang menjadi syarikat pembekal ekstrak bunga sakura untuk produk tersebut.

MaVellous merupakan makanan tambahan kesihatan yang pertama seumpanya di Malaysia dan dikatakan mempunyai agen anti penuaan yang boleh menghalang kerosakan kolagen dan elastin kulit yang dikatakan menjadi sebab utama penuaan berlaku.

Produk ini mengandungi lima ramuan asas iaitu stem sel tumbuhan, ekstrak bunga sakura, cm-glucan, gluthathinone dan kolagen marin terhidrolisis kemudian diperkayakan lagi dengan beberapa ramuan terpilih seperti acai beri dan ekstrak biji anggur.

Selain untuk tujuan kecantikan luaran, produk ini juga dikatakan mampu memperkuatkan sistem imunisasi kepada mereka yang mengambilnya sebagai makanan tambahan.

HATI juga melantik selebriti tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan sebagai duta produk tersebut.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan