Taib Nafi Wujud Kumpulan Pro-Anwar Dalam PAS

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh PAS Datuk Taib Azamudden Md Taib pada Sabtu menafikan dakwaan bahawa terdapat kumpulan pro Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti Islam itu.

Beliau berkata kumpulan yang dimaksudkan itu tidak wujud dan hanya digembar-gemburkan media dan menegaskan PAS menjalin hubungan kerjasama dengan Anwar hanya berkaitan politik dan bukan bersifat peribadi.

"Kita tak boleh campur aduk perkara-perkara berkaitan peribadi seseorang dengan politik. Orang kata benda peribadi jangan dibawa ke dalam politik lebih-lebih lagi dalam parti yang sama," katanya kepada pemberita pada Muktamar Pas ke 57 di sini.

Anggota Parlimen Baling itu ditanya mengenai kemungkinan wujudnya kumpulan itu serta usul Dewan Ulama PAS kelmarin yang mengecam penyebaran video seks yang memaparkan pelakunya mirip seorang tokoh pakatan pembangkang.

"Itu saya tak faham siapa yang bawa tajuk itu (usul video seks). Itu mungkin untuk nak dilihat dari segi perspektif Islam dan bukan masalah Anwar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan