SPRM Siasat Dakwaan Kickdefella Terima RM350,000

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat dakwaan beberapa pihak mengenai penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Abdul Aziz, menerima RM350,000 daripada Datuk Husam Musa untuk berkempen pada pemilihan PAS minggu ini.

"SPRM sedang jalankan siasatan dan akan terus menyiasat sehingga kertas siasatan mengenai kes itu lengkap," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed kepada pemberita selepas merasmikan penutup "Basic Training for Bhutan Anti-Corruption Officers Course" di Akademi Pencegahan Rasuah di Jalan Duta di sini, hari ini.

Semalam, penulis blog itu dilaporkan mengaku pernah menerima RM350,000 daripada Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan calon naib presiden PAS sebagai pampasan setelah ditamatkan kontraknya dengan Permodalan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua tahun lepas.

Syed Azidi berkata, wang itu ialah sebagai pampasan selepas kontraknya sebagai pegawai perhubungan awam di PMBK ditamatkan pada 10 November 2009.

Beliau menafikan laporan beberapa laman web bahawa beliau dibayar oleh Husam untuk membantunya berkempen pada pemilihan parti minggu ini.

Terdahulu, Abu Kassim berkata kursus asas itu yang julung kali diadakan bertujuan mengajar pegawai-pegawai mengenai perkara asas dalam siasatan, risikan dan aktiviti lain berkaitan dengan rasuah.

"Sebelum ini, kami juga ada buat krusus khas untuk peserta dari Afghanistan dan Vietnam. Kami mengajar mengenai tajuk-tajuk khas yang diminta oleh negara itu," katanya.

Beliau berkata, kursus itu adalah pengiktirafan yang besar kepada akademi berkenaan kerana dapat berkongsi pengetahuan dengan pegawai-pegawai dari luar negara mengenai pencegahan rasuah.

Kursus tiga minggu sejak 26 Mei lepas itu disertai oleh 14 Pegawai Pencegahan Rasuah Bhutan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan