Saya Tiada Masalah Dengan Pemimpin Umno Sabah, Kata Shafie

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAPAR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan UMNO negeri Sabah dan lawatannya ke negeri itu bukan bertujuan mengejar jawatan.

Katanya beliau tidak bernafsu besar untuk mengejar jawatan dengan mengadakan kunjungan ke kampung-kampung di negeri itu tetapi sebaliknya menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Sebagai menteri, saya harus melawat kampung-kampung untuk membantu rakyat dan bukan untuk mendapatkan jawatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarakat perwakilan UMNO Bahagian Papar di sini Sabtu.

Mohd Shafie, yang juga Ahli Parlimen Semporna, berkata beliau selalu turun ke kawasannya dan apabila pergi ke kawasan lain, ada pihak menuduh beliau mahu mengguling kuasa.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, Ahad lepas, di Keningau bahawa wujud 'perang dingin' antara pemimpin tertentu dalam UMNO negeri sehingga membawa kepada rombakan kepimpinan Pemuda UMNO negeri yang menyaksikan Ketua Pemudanya Azman Ruslan diganti.

Bagaimanapun, pada hari berikutnya, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menafikan wujudnya 'perang dingin' antara pemimpin tertentu dalam UMNO negeri.

Mohd Shafie berkata hubungan beliau dengan pemimpin UMNO negeri adalah baik dan apa yang penting ialah perpaduan dan kekuatan parti terutama dalam menghadapi pilihan raya yang ke-13.

Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang melaga-lagakan beliau dengan pimpinan UMNO negeri, katanya beliau tidak mengetahui perkara itu dan tidak melayan tanggapan sedemikian. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan