PGPF Hantar Paip PVC Ke Gaza Menerusi Wakil Di Mesir Dan Kedutaan

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERLUN: Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) akan tetap meneruskan usaha untuk menghantar bantuan kemanusiaan membabitkan penghantaran paip PVC ke Gaza walaupun usaha mereka disekat Israel lagi baru-baru ini.

Penasihat PGPF Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata penghantaran paip PVC itu akan diusahakan oleh wakil PGPF Tan Sri Samsudin Hitam yang berada di El-Arish, Mesir dan turut dibantu oleh Kedutaan Malaysia di Mesir.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka (Samsudin dan Duta Malaysia ke Mesir) dan Wisma Putra yang telah memberi kerjasama yang bagitu baik sekali bagi membantu PGPF di Mesir.

"Kita akan terus berusaha untuk menghantar paip PVC yang panjangnya 7.5km ke Gaza melalui Rafah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Siswa Siswi Bersama Rakyat (Semarak) Jerlun di sini Sabtu.

Sementara itu, Mukhriz berkata sembilan lagi anggota kapal MV Finch yang menyertai misi menghantar paip PVC itu ke Gaza akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 7.50 malam ini.

Beliau berkata setelah Presiden PGPF Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Mesir untuk memohon bantuan daripada pihak Mesir, sembilan anggota kapal MV Finch dapat keluar dari Mesir dan telah berlepas dari Kaherah dan dijangka sampai ke KLIA 7.50 malam ini.

"Ini menunjukkan misi kita berjaya dalam beberapa segi iaitu dapat menembusi beberapa sekatan yang dibuat oleh Israel ke atas Gaza. Sekatan yang dibuat oleh Israel itu adalah kezaliman besar kerana melanggar undang-undang dunia," katanya.

Rabu lalu tiga lagi anggota yang turut menaiki kapal itu selamat tiba di KLIA. Mereka adalah wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Mohd Faizal Hassan, wartawan akhbar New Straits Times Iskandar Alang Bendahara dan petugas sukarela dari Pejabat Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri Mohd Radzillah Abdullah.

Mukhriz berkata penderitaan rakyat Gaza dan Tebing Barat bukan hanya mendapat perhatian daripada negara Islam sahaja tetapi kesengsaraan mereka juga turut mendapat pembelaan dari segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira agama.

"Malah dalam misi bantuan pasukan PGPF kali ini pun bukan semuanya dari kalangan orang Islam dan bukan semunya rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa isu Palestin ini menyentuh hati setiap lapisan masyarakat seluruh dunia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan