Peruntukan Tambahan RM46 Juta Naik Taraf Jeti Nelayan Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta untuk menaik taraf jeti nelayan di seluruh negara, kata Menterinya Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata usaha menaik taraf jeti nelayan bertujuan memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi nelayan selain meningkatkan taraf hidup golongan itu sejajar hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Tahun lepas sebanyak RM100 juta telah diperuntukan dan RM46 juta merupakan peruntukan tambahan bagi tujuan menaik taraf jeti. Selain untuk pendaratan ikan, jeti yang telah dinaik taraf itu juga boleh berperanan untuk pengembangan ekonomi nelayan.

"Contohnya mendirikan restoran untuk tujuan agropelancongan yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan atau perusahaan kecil seperti membuat bebola ikan dan produk-produk asas tani yang lain yang bersumberkan ikan atau makanan laut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat jeti nelayan Ujung Batu di Bagan Dalam di sini Sabtu.

Noh juga mengingatkan persatuan nelayan di negara ini agar lebih proaktif dalam menjalankan operasi `pemutihan' untuk memastikan nelayan sepenuh masa mendapat faedah yang sepatutnya termasuk elaun sara hidup.

"Terdapat juga individu yang bekerja sebagai nelayan separuh masa tetapi mendapat elaun sara hidup. Bagi memastikan kesilapan ini tidak terus berulang sesuatu perlu dilakukan agar yang benar-benar berhak sahaja mendapat elaun sebanyak RM200 itu," katanya.

Beliau berkata kementeriannya juga telah mengeluarkan lesen nelayan rekreasi bagi nelayan separuh masa yang berminat untuk membawa bot pelancong selain menjalankan aktiviti penangkapan ikan.

"Mereka boleh mohon lesen di kementerian tetapi mereka tidak akan dapat elaun sara hidup dan tidak mendapat subsidi diesel seperti nelayan sepenuh masa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan