Penyokong Bukan Melayu PAS Ajak Umno Berdebat Isu Kedudukan Melayu

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw menawarkan diri bagi mewakili PAS untuk berdebat dengan UMNO mengenai kedudukan orang Melayu di negara ini.

Bercakap di hadapan perwakilan PAS pada Muktamar ke-57 parti itu, di Taman Melewar di sini, Hu berkata beliau bersedia untuk berdebat di bawah tajuk "Benarkah UMNO Pembela Melayu".

Katanya, sebagai sayap di bawah parti PAS, DHPP perlu membuktikan bahawa masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam sesungguhnya amat perihatin tentang masa depan orang Melayu.

"Saya nak tegaskan orang bukan Melayu tidak pernah mencabar kedudukan orang Melayu dan ada persatuan atau pertubuhan yang mengatakan demikian adalah satu pembohongan kerana nak timbulkan salah faham antara kaum," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden, Sabtu.

Hu berkata DHPP mahu orang Melayu maju bersama PAS kerana perjuangan parti itu adalah berlandaskan perjuangan Islam yang sebenar untuk umat manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa.

Katanya, DHPP akan terus menggembleng tenaga bagi menarik lebih ramai masyarakat bukan Islam untuk menyokong perjuangan parti itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan