PAS Terengganu Cadang Kaji Agihan Kerusi Untuk DAP-PKR-PAS

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu pada Sabtu mencadangkan agar pengagihan kerusi pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat dikaji secara lebih mendalam.

Perwakilannya Mohd Syukrimun Shamsuddin berkata, pengagihan kerusi kepada setiap parti perlu dilihat secara menyeluruh terutama dari aspek keperluan dan tuntutan pengundi.

"Secara mikronya kami (PAS Terengganu) berharap supaya agihan kerusi-kerusi sama ada mengikut peratus ataupun nisbah mesti dilihat secara lebih objektif tentang keperluan dan kekuatan parti masing-masing dan dianalisa secara mikro," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden semasa Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar, di sini Sabtu.

Katanya, kesesuaian pemilihan calon yang bertanding juga amat penting bagi mengelakkan penolakkan oleh pengundi, selain memastikan jentera pilihan raya parti dapat bekerja dengan lebih sukarela.

"Sudah pasti kita ingin melihat setelah calon diumumkan suatu jentera yang bekerja kuat secara sukarela dan tidak secara protes. saya rasa dengan cara itu sudah pasti tenaga-tenaga (kerja) kita akan lebih bersungguh-sungguh dalam mendepani parti lawan kita," katanya.

Mohd Syukrimun turut mengambil contoh situasi yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu di Negeri Terengganu apabila dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN yang ditandingi PKR mencatatkan jumlah undi yang sangat rendah ekoran penolakan pengundi kepada calon dari parti itu dan calon luar.

Malah katanya, satu daripada kerusi Parlimen itu mendapat jumlah undi yang lebih rendah berbanding jumlah undi dari empat kerusi DUN.

"Saya ingin menafikan walaupun fakta ini benar, PAS Terengganu tidak menolak calon PKR atau calon luar. Kerana kita tahu (penyokong) 'hardcore' PAS di Terengganu mungkin 30 hingga 35 peratus begitu juga UMNO 30 hingga 35 peratus.

"(Jadi) yang memenangkan calon mereka (Barisan Nasional) semua adalah pengundi atas pagar dan pengundi simpati. Ini bermakna hanya pengundi hardcore sahajalah yang mengundi calon-calon (PKR) luar ini, undi simpati atau atas pagar tidak datang (mengundi calon PKR)," katanya.

Mohd Syukrimun turut menyentuh mengenai isu pemilihan calon yang bertanding dalam pilihan raya yang dikatakan kerap diletakkan calon-calon tua dan tidak digemari rakyat.

"Kita nak calon yang boleh menang. Bukan soal umur yang menjadi ukuran, (tapi) soal calon yang ditolak oleh rakyat tak perlulah bertanding. Kita nak yang menang, kalau yang tua masih boleh bertanding (dan menang) tidak menjadi masalah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan