Jamuan Teh Diraja Sempena Ulang Tahun Keputeraan Agong

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Sabtu berangkat menghadiri majlis jamuan teh diraja sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka di Istana Negara di sini.

Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke majlis itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta menteri dan timbalan menteri.

Majlis itu turut dihadiri 45 penerima darjah kebesaran Persekutuan hari ini serta 4,000 jemputan lain.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan penyanyi Ziana Zain dan Aizat Amdan yang diiringi oleh Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menerima darjah Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran 'Datuk', berkata beliau amat menghargai penganugerahan itu.

Beliau berkata ini adalah pengiktirafan daripada Istana Negara yang memberinya semangat untuk terus berusaha berbakti kepada negara.

"Darjah ini akan saya jadikan satu suntikan semangat untuk terus memberi pendidikan dan pendedahan berguna kepada generasi muda agar mereka menjadi lebih berilmu dan berguna untuk negara," katanya.

Kelab Putera 1Malaysia banyak terlibat dengan program kebajikan dan remaja termasuk ekspedisi penerjunan di Kutub Utara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan